CARA KITA CARA ORANG BERBEZA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. SEMEMANGNYA begitu. Begitu jugalah hakikatnya yang semua orang kena terima dan hadam baik-baik. Walaupun adik beradik ya. Cara setiap seorang tidak sama. Seakan-akan boleh jadi, sama itu rasanya tidak. Kadang nampak je macam sama. Nampak je.
Paksa itu sia-sia. Kita paksa orang ikut cara kita. Atau orang minta kita ikut cara dia. Memang boleh cuma akan timbul lebih masalah pada hujungnya. Rasa terpaksa. Rasa tak puas hati. Marah. Sedih. Cukup semua rasa ada!. Sebab, tidak daripada hati.
Belum tentu sesuai. Belum tentu kekal, kerana CARA KITA CARA ORANG BERBEZA. Sangat-sangat. Kalau nak disamakan cara, jadi tekanan pun tak seronok juga. Baik-baik sihat boleh jadi sakit. Sakit perasaan. Lebih baik janganlah daripada susah.
Jangan beza-bezakan cara. Prinsip orang tak sama. Pendapat orang berbeza. Bila asyik bezakan timbul perselisihan faham. Hujungnya gaduh. Gaduh pada perkara yang sepatutnya tidak perlu digaduhkan. Rugi. Buang masakan.. kan.. kan. Pahala terbang dosa bertimbun.
CARA KITA CARA ORANG BERBEZA. Hargai. Hormati. Mudah sahaja. Jangan ego. Jangan berasa diri selalu betul lakukan sesuatu perkara atau perbuatan. Ada sentiasa rasa betul tu yang bahaya.
Tinta Perdu Cinta ❤
CARA KITA CARA ORANG BERBEZA
Tags:
Santai
Suka dgn coretan pc kali ni
BalasPadamya.....lain org lain pemikirannya
betul la tu, PC.
BalasPadamrambut lain2. hati lain2. apatah lagi minda.
dia nak itu, dia nak ini. aduhai...
sukar nak ikut cara org bila tak sama dgn cara kita.
but, in most of the situations, kita kena pasrah.
terima. kalau tu yg terbaik, kan.
jgn langgar hukum agama, dah le.
elak masam muka, jejas sillaturrahim.