HAJAT TERTUNAI MENJADI SEDEKAH PALING BERMAKNA

HAJAT TERTUNAI MENJADI SEDEKAH PALING BERMAKNA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. IBADAH QURBAN ni  sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi orang yang mampu. Ada rezeki, boleh buat ibadah Qurban khas untuk ahli keluarga sendiri atau pun boleh juga sertai mana-mana program ibadah Qurban berkelompok. Sekarang dah banyakkan yang berkelompok ni. Meringankan dan memudahkan juga kerana berkongsi kos yang sepatutnya untuk haiwan qurban yang dipilih. MasyaAllah.

Hari ke-63 setelah pemergian mama kembali kepada Pencipta, rasa seperti tidak berdaya dan tidak sanggup mendengar takbir raya yang masih berkumandang. Kali ini betul-betul lebih mencengkap jiwa. Lebih tidak berdaya mengawal rasa. Kelopak mata seperti sudah tidak mahu lagi memberi kerjasama. Tetap sahaja mengalir deras air mata dipipi. Kami sekeluarga. Babah kuatkan PC. PC kuatkan babah. Kami saling mengutkan tapi kami saling rebah. Bukan jasad tapi perasaan kami.

Entah kenapa, bermula Aidil Adha tahun 2020 lagi  mama sangat teruja nak buat Qurban. Tapi sayangnya sedang maraknya wabak COVID19 saat itu. Dua tahun di kampung dan kawasan sekitar kampung PC tak ada langsung ibadah Qurban dilakukan. Puas juga tanya sana sini. Tak seperti tahun-tahun sebelumnya, sebelum COVID19. Cuma biasa-biasa SEMANGAT MAMA. Masuk sahaja tahun 2022, lebih teruja mama. Lebih kerap diucap dan dibahas. Tapi tak nak untuk keluar kecil kami buat bersama-sama. Cuma nak terlibat dengan ibadah korban kelompok atau kumpulan tapi tetap yang anggotanya sanak saudara juga.

Rezeki tidak pernah salah dan lewat mahupun tercepat. Tapi paling tepat daripada DIA kepada hambaNYA.Mama bukan cuma cakap dengan PC, rupanya dengan babah juga..

''Tahu ni mama buat sorang dulu ya bah. Nak guna duit mama sendiri. Kalau mama tak dapat makan anak-anak makanlah, sedekahkanlah juga. Orang lain dapat rasa. Nanti kita buat anak beranak pulak Qurbannya. Masing-masing dah Qurban, cuma mama yang belum sorang. Penutup kita buat sekeluarga kita la ya''.

Ya mama. Sekarang disaat mama dah tak ada lagi dengan kami. Dah terpisah alam dan suasana, semuanya telah tertunai seperti mana yang mama hajatkan. Dari awal mama tidak bernazar cuma untuk dinikmati keluarga dan disedekahkan. Babah uruskan dengan sangat baik mama. Macam mana babah santuni mama dengan sangat baik masa mama masih ada, macam itu jugalah babah tetap santuni semua urusan berkaitan mama dengan sangat baik. 

Ma, hajat mama sudah tertunai. Menjadi sedekah paling bermakna untuk mama dan kami yang mama tinggalkan. Kita terpisah sementarakan ma. Jua sentiasa berdoa nanti kita berkumpul semula dibarzakh. Berpimpin tangan di syurga. Kita kumpul semula sekeluarga kan mama. Sementara menanti kami, mama bersama adik dulu ya ma di sana.

Kami rindu mama. Tersangat-sangat merindui.

HAJAT TERTUNAI MENJADI SEDEKAH PALING BERMAKNA

Tinta Perdu Cinta ❤
HAJAT TERTUNAI MENJADI SEDEKAH PALING BERMAKNA

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam takziah PC, tak tau pula Mama PC dah tak ada. Semoga Mama PC ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan diredhai Allah.. Aamiin Ya Rabb..

    Apapun, alhamdullilah dah tertunai hajat Mama PC dah kan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama