KEBAIKAN MELAHIRKAN KEBAIKAN

KEBAIKAN MELAHIRKAN KEBAIKAN | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. UNTUNG SANGAT-SANGAT bagi sesiapa yang sedar kebaikkan melahirkan kebaikkan. Dah biasa dengar. Bosan ke?. Janganlah bosan buat kebaikkan.  Jangan bosan dengar kisah kebaikkan. Daripada zaman para nabi dan rasul ada banyak kisah kebaikkan. Apatah lagi lisan daripada Nabi Muhammad saw. Nabi penutup pada sekalian para nabi dan rasul. Membawa ajaran yang paling benar seperti mana yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada baginda melalui Malaikat Jibril a.s.

Kebaikkan melahirkan kebaikkan yang lainnya. Bila ada kebaikkan ianya mendorong kebaikkan yang lain tercipta atau berlaku. Merangsang semangat kepada yang lain untuk buat kebaikkan juga. Sebab tu tidak salah bila ada rasa cemburu atas kemampuan orang lain buat kebaikkan kemudian kita pun cari ruang dan peluang untuk buat kebaikkan juga. Contohi bukan dan jangan berhasad dengki. Faham kan. Alhamdulillah. 

Hakikatnya, yang sentiasa memberi penilaian itu Allah SWT. Mana satu kebaikkan yang tulus dan lurus.  Mana satu kebaikkan yang ada niat tersirat disebaliknya dan setiap kebaikkan itu ada tahap kualitinya tersendiri yang cuma Allah SWT sahaja tahu. Setiap kebaikkan walau sebesar biji sawi pun tetap ada harganya dan ganjarannya. 

Kalau hari ini banyak hal baik dilakukan tapi berasa seperti tiada balasan baik yang diperolehi, sabarlah kerana boleh jadi balasan baik itu Allah SWT tangguh dan terlihat pada masa yang terbaik dan paling sangat-sangat tepat. Tak mustahil balasan kebaikkan itu muncul sewaktu kita telah meninggalkan alam atau dunia ini. Selepas kita mati. Boleh jadi jugakan. Tak ada yang mustahil. 

Tak ada yang mustahil kebaikkan melahirkan kebaikkan. Terkadang yang dinilai dan menjadi syarat untuk buat baik, keluar rumah. Eh, tidak juga.  Adakah orang yang sentiasa di rumah, atau terbaring sentiasa kerana keuzuran tidak boleh buat kebaikkan?.  Jangan silap.  Kadang mereka lebih mudah dan lebih luas peluang nak buat perkara baik yang terbaik. Zikir pun perkara baik jugakan. Nampak tak. Dan ada lagi hal baik boleh dibuat. 

Tinta Perdu Cinta ❤
KEBAIKAN MELAHIRKAN KEBAIKAN

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama