MENIKMATI HIBURAN

MENIKMATI HIBURAN | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. SETIAP KITA perlukan hiburan. Hiburan macam mana yang dipilih itu bergantung pada citarasa masing-masing. Hiburan tidak semestinya muzik. Tidak semestinya menonton. Boleh jadi makan, berkebun, mendekorasi, menternak dan sebagainya. Hiburan. Hiburkan hati dan diri sendiri. Kadang tengok gelagat orang pun boleh jadi hiburan kepada kita. 

Memang betul pilihan diri sendiri nak hiburan yang macam mana. Tapi tetap je ada batasnya.  Ada had yang mesti ditetapkan untuk diri sendiri patuhi supaya tak berlebihan dan tak juga keluar daripada landasan yang sepatutnya. Sebab tidak semua hiburan boleh dilakukan dan dinikmati.  Ada yang dibolehkan dan ada yang diharamkan juga tak kiralah hiburan berupa muzik atau sebaliknya. 

Menikmati hiburan. Tidak salah. Hanyut Dan lemas dengan hiburan itu yang salah. Sesama manusia dijadikan hiburan. Makhluk lain yang bernyawa kita jadikan hiburan. Cuba semak balik diri. Sihat tak. Waras tak. Wajar tak. Kadang PC rasa gerun melihat suasana sekarang. Rasa takut dengan perangai manusia yang tidak ada rasa takut  dengan Tuhan. 

Ada orang fikir panjang.  Ada orang tak fikir langsung. Ngeri dengan cara manusia berhibur dan mencari serta memberi hiburan. Walau sudah melangkaui had tetap berasa seperti tiada apa-apanya.  Allahu. Kebal sungguh. Kebas melampau. Mahu tidak mahu  cara kita ada yang lihat. Tak mustahil ada juga yang mengikut. Apa yang nak dikembangkan?. Dosa?  Pahala?. 

Mencari hiburan. Memberi hiburan. Akan ada pro dan kontranya bukan cuma pada diri sendiri malahan kepada orang lain juga yang berada disekeliling kita. Carilah hiburan yang selamat dan sihat. Semoga diri sendiri terpelihara.  Aamiin. 

Tinta Perdu Cinta ❤
MENIKMATI HIBURAN

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama