PESAN DAN NASIHAT ORANG-ORANG TUA

PESAN DAN NASIHAT ORANG-ORANG TUA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. ADA BANYAK sangat-sangat.  Sejak kita ni kecil sampailah sekarang.  Tidak pernah jemu dan malas mereka menasihati. Cuma yang degil, yang keras hati dan keras kepala mungkin segelintir daripada kita sahaja. Semua dipandang sepi.  Semua terus ditendang jauh-jauh ke tepi. PC sebut segelintir sebab masih ada lagi yang rajin dan suka dengar nasihat.  Kadang siap minta nasihat dan pesanan lagi tau. Alhamdulillah. 

PC ada terdengar satu ceramah seorang ustaz.  Kata ustaz tu, "semakin menghampiri akhir zaman.  Semakin dekat nak kiamat,  orang yang baik semakin berkurang. Allah SWT ambil satu persatu". Maka dunia semakin mencabar dengan pelbagai dugaan dan propaganda manusia cerdik untuk menyesakkan dan mengelirukan satu sama lain. Allahu.  Sungguh. 

Pesan dan nasihat orang-orang tua berlawan dengan ilmu dan teknologi anak zaman sekarang. Apa yang PC perhatikan pesan dan nasihat orang-orang tua kadang diketepikan kerana segelintir anak muda berpendapat pesan dan nasihat sekadar berdasarkan pengalaman. Sedangkan generasi sekarang, lebih mahu bukti berdasarkan fakta dan bukti nyata depan mata.  Kau tunggu kau tua itu pun kalau Allah SWT izin, bila kau cakap orang acuh tidak acuh. Baru sentap.

Bila orang-orang tua bagi nasihat atau teguran jangan terus buang.  Tolong sangat-sangat. Kecuali kalau nasihat atau teguran tu bertentangan dengan agama.  Itu jangan kata orang-orang tua yang cakap, kalau ada orang muda atau sesiapa sahaja cakap pun jangan kau dengar apatah lagi ikut. Faham tak. Bila yang merapu,  bila yang salah cepat je nak dibuat. Ermmm. 

Bijakkan diri menapis dan buat penilaian. Jangan terus buang semua.  Jangan terus ambil semua. Sesama manusia pasti ada khilaf di mana-mana. Tentu ada terkurangnya. Tentu juga ada terlebihnya. Timbang-timbanglah sendiri. Asal jangan syok sendiri. Bahaya juga.  Lain nanti jadinya. Sekian. 

Tinta Perdu Cinta ❤
PESAN DAN NASIHAT ORANG-ORANG TUA 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Pesan orng tua- tua ada betulnya...terpulang kepada kita untuk menilai kan...yang penting buat pilihan terbaik berlandaskan pegangan..

    BalasPadam
  2. Nasihat tu tanda sayang. Ingat pesan orang tua². Nasihat tu lah yang akan membuatkan kita jadi lebih baik.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama