SEHINGGALAH MERASAI SENDIRI

SEHINGGALAH MERASAI SENDIRI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. "FAHAM". Satu kata yang akan kita benar-benar "faham" apabila merasai sendiri. Tidak kiralah dalam hal apa pun itu. Namun begitu tahapnya tentu sahaja berbeza kerana penerimaan setiap orang tidak sama.  Olahan rasa yang berbeza. Menangani suatu hal berbeza buatkan kesan dihujungnya jadi lain-lain. 

Bila dengar atau lihat bermacam situasi, hati dan fikiran cuba untuk menghayati. Memahami, tapi kadang tidak sampai maka fahamnya cuma sekadarnya sahaja berbanding kita telah alami sendiri. Begitu juga orang lain. Faham situasi kita selagi dia tidak alami,  cuma sekadar itu sahaja fahamnya juga. Wajarlah. Apa adanya pada setiap penerimaan situasi. 

Sehinggalah merasai sendiri.  Allah akan beri kita rasa faham daripada sudut yang berbeza. Bila kita telah atau sedang alami sendiri, dengan situasi yang kita dengar atau lihat, maka penghayatannya lebih dalam. Betul-betul sampai ke hati dan fikiran. Percayalah.  Jadi bila cakap "faham" tu bukan cuma dimulut sahaja. 

Pengalaman yang sealiran itu membuatkan "faham" dengan jiwa dan ada rohnya sendiri. Tak main-main. Tak pura-pura. Mudah cakap tak berlakonlah. Real. Macam tu. Masuk dalam situasi tidak mudah. Serius. Sebab itulah adanya yang macam main-main. Macam peduli tak peduli. Cuba awak cari satu hal yang orang lain lalui dan awak pun pernah lalui, rasanya lain. Kemudian awak cari apa yang orang lain lalui tapi awak tak pernah lagi lalui..  Pasti ada bezanya. Bandingkan. 

Sehinggalah merasai sendiri, kita akan lebih mengerti. Lebih menghargai.  Lebih mengalami dan lebih menghormati. Lebih tahu situasi. Kecuali kalau memang jenis hati kering.  Macam mati rasa. Bukan mati saraf tapi mati rasa. Bagi PC bila suatu hal kita telah rasai sendiri ianya menjadi satu pengalaman sangat berharga. In sya Allah buat PC lebih faham. 

Tinta Perdu Cinta ❤
SEHINGGALAH MERASAI SENDIRI

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kadang2 kena masuk dalam kasut orang lain dulu, baru kita boleh betul2 merasainya sendiri

    BalasPadam
  2. Betul, selagi tak rasa sendiri, selagi tu lah kita tak akan faham

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama