BARANGKALI
Assalammualaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Kata orang
Semakin lama akan semakin jauh
Semakin dilupai
Bila terjadinya perpisahan
Perpisahan hidup
Atau
Perpisahan mati
Barangkali kata orang itu;
Terjadi
Namun tidak pada setiap orang
Berkesan dan terkesan
Tidak juga untuk semua insan
Ya
Barangkali ada banyak andaian
Ada banyak buah fikiran
Ada banyak kata-kata berasal daripada;
Pemerhatian dan pengalaman
Ya kata orang itu
Tetapi harus juga diterima dengan lapang hati
Boleh jadi semakin lama semakin mendekat
Semakin lama semakin mengingati
Barangkali kerana cara setiap orang berbeza
Ketika beradabtasi dengan situasi
Hati mengacuankan rasa berbeza-beza
Boleh jadi mudah
Boleh jadi sukar
Boleh jadi cepat
Boleh jadi lambat
Atau
Nanti sampai mati
Semakin rasa dekat rapat
Ingat genggam simpan erat-erat
Barangkali yang kata orang
Tidak silap
Tidak terbeban dosa juga
Cuma dihati orang sahaja tidak serupa
Tinta Perdu Cinta
Barangkali
Tags:
Santai
Alamak! Selama ni uncle tulis 'barangkali' dua patah perkataan! Hari ni baru sedar!
BalasPadam