BERAKHLAK

BERAKHLAK

Assalammualaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Pergi pasar beli halia
Halia tua jadi pilihan
Jadilah manusia berakhlak mulia
Disenangi makhluk disayangi Tuhan

Burung Kenari terbang tinggi
Hinggap didahan rehat berdua
Terpelihara maruah diri
Tersanjung maruah ibu bapa

Tengah ladang gali perigi 
Lebat hujan air melimpah
Lebih dihargai lebih disenangi
Mencontohkan yang baik menjadi jariah

Sesudah melahirkan makan jamu
Kalau boleh mahu ditolak
Memang ramai insan berilmu
Sedikit pula manusia berakhlak

Ada parang tapi tumpul
Ambil pengasah dalam kotak
Biar bergunung harta dikumpul
Tiada ertinya tiada berakhlak

Kumpul kekabu buat bantal
Lena tidur waktu malam
Cantik hati cantik akal
Biarlah cantik luar dalam

Tinta Perdu Cinta
Berakhlak

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. teringat arwah mama cakap "biar bodoh jangan sombong"...

    BalasPadam
  2. Sebab tu masa sekolah agama dulu kita belajar mata pelajaran Adab

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama