CUBA LEBIH BERSENI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SENI ada banyak pecahannya. Ada pelbagai jenisnya. Seniman. Seniwati. Pengiat seni. Seni lukis. Seni tari. Seni kaligrafi. Seni ukir. Seni suara. Ini sangat sedikit yang PC senaraikan. Seni itu halus. Dari jiwa yang halus. Dari mintan dan cinta yang sangat mendalam. Ada yang diasah bakatnya. Ada yang memang semulajadi pemberian daripada Allah swt.
Ramai tak orang suka dengan seni?. Ramai. Ramai tak orang menghargai karya seni?. Ramai. Ramai tak orang hargai penggiat seni?. Tidak ramai. Seni itu halus. Sangat. Kadang boleh difahami dengan capat. Kadang tu rasa macam susah nak difahami. Deep sangat-sangat gitulah.
Baiklah, sebenarnya PC cuba nak kaitkan seni ni dalam kehidupan seharian kita. Seni yang bukan cuma hiburan tapi teguran. Tidak cuma untuk mencari rezeki tapi untuk gandakan pundi pahala. Jauh sekali sekadar untuk santapan mata sebaliknya untuk vitamin jiwa dan iman.
Cuba lebih berseni ketika menegur dan manasihati supaya lebih diterima dan ditauladani. Tak kiralah ibu bapa kepada anak. Guru kepada anak murid. Pak saudara mak saudara dengan anak saudara. Tok imam tok bilal dengan para jamaah. Ketua kampung dengan masyarakat sekitar. Ya, lebih berseni. Kadang orang tak terima atau susah terima kerana caranya khilaf. Tapi yang ditegur pun kalau caranya baik janganlah keras hati keras kepala terus tegakkan benang yang basah, dah la basah, eh kusut pula benangnya tu. Bertolak ansurlah. Kenapa degil sangat.
Tidak dinafikan, rasanya nak pikat hati manusia ni susah. Lagi kalau suruh jatuh cinta pada perkara yang baik-baik. Itu belum lagi kalau suruh percaya pada perkara yang benar. Padahal kita cakap ulang apa yang ada dalam Al Quran. Apa yang ada dalam hadith. Ya Allah. Biasanya ada je la alasannya untuk membidas sampai penyek. Betul jugalah, lebih baik nasihati sepuluh orang tidak berilmu daripada menasihati seorang yang dia rasa pandainya tu mencecah langit ketujuh. AllahuAkbar.
Cuba lebih berseni dengan cara masing-masing. Agar yang mendengar dan melihat tidak sakit hati. Kita bercakap tiada rasa bersalah, eh yang mendengar tidak timbulkan masalah. Kita dapat tidur lena, eh dia yang dinasihati tidur pun senyum saja. Komunikasi dan tindakkan biar sedikit tapi berkesan, bukan buat orang bermalas-malasan dan asyik cari alasan.
Tinta Perdu Cinta
Cuba lebih berseni
Tags:
Santai
insyaAllah.. lepas ni kita lebih berseni dalam seni percakapan..
BalasPadamseni lunak n indah santunan jiwa
BalasPadamKena lebih tenang dan matang serta bijak ketika berbicara
BalasPadamhidup perlu dengan seni...
BalasPadamSeni yg org tahu seni lukis , dan dunia pentas
BalasPadamwalau.seni byk lg sebenarnya kan
Selalu pakai seni tak jalan, tu yang orang straight to the point. Hihi
BalasPadam