HUJAN SETIAP HARI

HUJAN SETIP HARI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. ALHAMDULILLAH hujan setiap hari. Bezanya lebat atau cuma gerimis saja. Kadang hujan malam. Kadang awal pagi. Kadang tengahari. Tapi setiap hari hujan. Syukur. Hujan pun rezeki. Ada hikmh dan nikmatnya kepada alam semesta.

Aktiviti terjejas kerana hujan. Boleh jadi ya juga bila melibatkan aktiviti diluar. kalau aktiviti yang dilakukan dalam bangunan atau boleh ditukar ke dalam kawasan berbumbung atau tertutup in sya Allah tak ada masalah rasanyakan, masalahnya adalah nak buat aktiviti atau tidak sahaja. Kalau tak hujan pun tapi rasa malasnya besar, tak jadi juga.

HUJAN SETIAP HARI

Hujan dan banjir. Memang tidak dapat dipisahkan hujan dan banjir. Betul ke hujan yang menyebabkan banjir atau banjir terjadi kerana ada sistem-sistem yang bermasalah dan sedang tenat angkara perangai manusia sendiri. Kalau salahkan hujan menyebabkan banjir bererti salahkan Allah swt yang mengizini hujan turun. Banjir pasti bersebab. Sebab pertama kerana Allah swt izin banjir itu berlaku. Boleh jadi Allah swt mahu kita hambaNYA pelajar sesuatu dan ambil pengajarannya.

Semangat mencari makanan. Hujan-hujan ni biasa cepat lapar, padahal silap cara pc ambil makanan. Itu yang cepat rasa lapar. Asyik nak makan saja kerjanya. Tapi bila musim-musim hujan ni kadang tekak lainn macam pula. En suami suka ajak keluar pusing-pusing sambil cari makanan. Beli bawa balik makan di rumah. Ingat pc je, bila keluar, eh ramai la pulak. Meriah juga. Cuma biasanya bila hujan-hujan ni banaya gerai yag tutup awal.

Hujan setiap hari memang menjadi cabaran bagi sesetengah orang. Macam tu juga bila panas terik setiap hari hingga jadi kemarau panjang, pun jadi masalah bagi sesetengah orang. Kalau hujan jadi masalah, panas jadi masalah.. risau juga ni. Serba salah. pakar kaji cuaca memberi laporan atau data berdasarkan kajian, perkiraan dan dengan ilmu yang dia miliki. Boleh tak berubah?. Boleh. semua atas mahunya DIA.

NOTA PC : sedap ni kalau dapat makan ubi rebus ke.. keladi rebus ke.. dengan sambal tumis ikan bilis.. air milo panas.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. dah beberapa hari wak bermandikan hujan
    sebab bila hujan petang wak berada di padang ragut memang basah kuyuplah

    BalasPadam
  2. Teringat band Hujan pulak.... eh? hahahaha

    BalasPadam
  3. Musim hujan dah kut sekarang nie kan PC. Yang risau dan kesian bila hujan kali nie ada beberapa tempat banjir teruk..

    BalasPadam
  4. sekarang memang musim hujan. Risau kat mereka yang tinggal di kawasan yang mudah naik air ni. Semoga dilindungi dan dipermudahkan segala urusan..

    BalasPadam
  5. setiap pagi skarang ni hujan samaada renyai atau lebat.. alhamdulillah rasa tenang je

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama