LELAH TAPI MEMBAHAGIAKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ADA WAKTUNYA berasa lelah. Ada detiknya seperti tidak habis-habis tenaga yang ada. Ya, ada masa-masanya. Malas sangat. Rajin sangat. Ada turun naiknya mood atau apa ntah. Susah nak jelaskan. Tapi dialami. Dirasai.
LELAH TAPI MEMBAHAGIAKAN. Ada. Lelah tapi membahagiakan. Banyak sangat-sangat yang kita buat, memang tak boleh elak daripada rasa lelah tapi bahagia sangat-sangat. Sungguh. Kadang badang dah tak larat. Kelopak mata berat sangat. Rasa otak ni dah arahkan tidur.. tidur.. tidur.. tapi hati.. kau boleh.. boleh.. boleh.
Balik kampung tempuh tempoh waktu dan kilometer yang lama dan panjang itu letih tapi sangat-sangat membahagiakan untuk PC. Bila duduk berjauhan daripada keluarga, balik kampung satu hal yang sangat ditunggu. Sangat berharga dan bermakna. Sangat menjadi terapi dan penawar. Ini untuk PC tau. Nak balik kampung rasa lamanya hitung hari. Bila dah di kampung rasa eh sekejap je dah nak balik. Adoii.
Beribadah sekalipun itu letih dan terkadang mesti paksa diri lakukan tapi percayalah tersangatlah nikmat untuk kita rasai. Berapa ramai yang tewas dengan manisnya godaan dunia hingga manusia leka dan hanyut mengabaikan ibadah yang diwajibkan. Ada yang paksa diri walau ketika lelah tetap terus beribadah. Tapi percayalah daripada situ ada keberkatan hidup. Keberkatan rezeki, waktu dan segala perkerjaan yang dilakukan.
Memasak itu lelah. Tapi bahagia bila apa yang dimasak itu dimakan dan tidak ada yang membazir. Alhamdulillah. Ada hal lain yang mungkin terlepas pandang sebenarnya ia suatu yang melelahkan tapi lelahnya tidak panjang.
Buat apa sahaja tentu ada rasa lelah. Penat. Itu yang kadang mengeluh. Tanda penat. Wajar. Tak salah. Mungkin ada orang cakap, "jangan mengeluh tak baik, tak bersyukur ke?". Tapi bagi PC mengeluh tidak salah kerana itu salah satu cara meringankan beban fikiran dan perasaan. Sesekali mengeluh lelah itu normal. Kita manusia. Robot kalau dipaksa panas boleh meletop.
Lelah sebab buat sesuatu yang berada pada landasannya in sya Allah hujungnya membahagiakan walaupun orang lain mungkin ada yang tak rasa bahagia, tapi kita akan rasa bahagia. Utama, niat jangan belok-belok. Aamiin.
Tinta Perdu Cinta
LELAH TAPI MEMBAHAGIAKAN
betul, kadang kita penat lelah murung tapi kita benda itu buat jadi bahagia... kita jadi lupa penat lelah tu
BalasPadambetul tu kak, penat tapi tgk muka family ilang rasa penat..
BalasPadamSemalam terbaca pasal ini:
BalasPadamLelah yang disukai Allah-
1. Lelahnya orang yang mencari nafkah untuk keluarganya (QS 62.10) .
2. Lelahnya orang yang berjihad di jalan Allah (QS 9.111) .
3. Lelahnya orang yang berdakwah dan menyeru pada kebaikan (QS 41.33) .
4. Lelahnya orang yang belajar dan menuntut ilmu (QS 3.79) .
5. Lelahnya orang yang mengurus keluarga (QS 66.6) .
6. Lelahnya orang yang beribadah dan beramal saleh (QS 3.79) .
7. Lelahnya orang yang mengandung, melahirkan dan menyusui (QS 31.14) .
8. Lelahnya orang yang dalam kesusahan dan sakit (QS 02.155) Semoga lelah kita selalu dalam kebaikan dan diridhai Allah SWT.
Have a nice day PC! =)
Lelah yang tentu ada ganjarannya
BalasPadamfitrah manusia kan PC, penat lelah pasti hadir rehat seketika kemudian recharge semula jalani kehidupan.. jaga kesihatan naa.. :)
BalasPadamKu sangka sakit lelah tadi.... huhu
BalasPadamMemang lumrah manusia berasa lelah atau letih...semoga sihat selalu kak PC
BalasPadam