LUBANG-LUBANG PUN BERHARGA MONSTERA ADANSONII | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. DULU bila nak beli sayuran mesti cari yang elok. Daun tak belubang. Segar lain macam. Hijau lain macam. Sampailah ada yang tegur, "beli dan makan sayuran hijau yang sangat elok tak belubang sikit pun bahaya, bermakna banyak racun serangga yang digunakan. Kurang baik untuk kesihatan".
Memang ada logiknya. Selepas daripada itu, beli sayuran berdaun yang ada lubang sikit-sikit pun tak jadi masalah. Ok je. Alhamdulillah. Sampai la sekarang. Biasanya sayuran berdaunlah. Selain daripada itu cari yang elok. Ditambah dengan harga sekarangkan. Seposen pun sangat-sangat berharga. Rezeki.
LUBANG-LUBANG PUN BERHARGA MONSTERA ADANSONII. Bukan cuma sayuran yang kita nak beli dan makan. Pokok bunga pun macam tu juga. Kalau nampak kena serang kumbang ke.. serangga ke.. mula sedih. Mahu tak sedih beli mahal. Ada lubang halus pada daun pun dan berlubang juga perasaan. Apatah lagi kalau untuk dijual. Lagilah meraung.
Sedikit masa dulu keadaan seakan berubah. Pokok keladi menjadi kegilaan ramai. Pokok janda bolong pun menjadi dambaan. Padahal daunnya bukan main besar-besar lubangnya. Haa itulah yang heboh di mana-mana. Bila ada permintaan tinggi harga pun melambong. Ditambah belum ramai yang ada dan menjual. Sekarang macam dah sepi la pulak.
Mak mertua PC ada juga menanam si janda bolong ni. Hihihi. Adalah sepasu dua. Tapi tulah, bila cucunya balik tak sudah tanya kenapa daunnya ada lubang-lubang. Ada yang kata lubang sebang sakit bisul. Ada yang kata kena makan ladybird la. Gasaklah situ. Asal jangan dipatah sudah. Mahu neneknya menangis nanti.
Unik. Bukti kekuasaan Allah swt
Tinta Perdu Cinta
LUBANG-LUBANG PUN BERHARGA MONSTERA ADANSONII
Tags:
Santai Peribadi
cantik pokok ni.. buat hiasan rumah pun lawa.
BalasPadamHaa.. kena cari yg ada lubang la kan
BalasPadamBaru tahu namanya pokok janda bolong PC hehehe...
BalasPadamcantiknya pokok2 lubang2
BalasPadam