MENCARI KESELAMATAN DISITUASI MENAKUTKAN | SITUASI sekarang sangat-sangat mencabar. Sungguh. Cabaran media sosial. Cabaran teknologi. Cabaran persekitaran. Ya, cabaran mendekat dan menyerang segenap perjuru. Kadang nak percaya orang pun ada rasa waswas yang tebal dihati. Bukan cuma waswas, rasa curiga pun susah nak kikis.
Siapa yang silap. Di mana silapnya. Apa yang mesti dilakukan. Akan timbul banyak soalan. Sana sini bertanya. Sana sini mula berkongsi pendapat masing-masing. Malahan setiap kesimpulan dan pendapat itu diterjemahkan dan disalurkan melalui media sosial. Pelbagai. Bercampur baur. Pening juga. Rimas pun ya juga. Sungguh-sungguh menggunakan hak kebebasan bersuara. Tak apalah. Mana baik ikut. Kurang baik sila abaikan.
Siapa yang silap. Di mana silapnya. Apa yang mesti dilakukan. Akan timbul banyak soalan. Sana sini bertanya. Sana sini mula berkongsi pendapat masing-masing. Malahan setiap kesimpulan dan pendapat itu diterjemahkan dan disalurkan melalui media sosial. Pelbagai. Bercampur baur. Pening juga. Rimas pun ya juga. Sungguh-sungguh menggunakan hak kebebasan bersuara. Tak apalah. Mana baik ikut. Kurang baik sila abaikan.
MENCARI KESELAMATAN DISITUASI MENAKUTKAN. Waktu Aidil Adha balik kampung. PC sembang dengan pakcik-pakcik, makcik-makcik PC, jelas topik mereka sama. Meraka ada rasa bimbang dengan situasi sekarang. Memikirkan anak-anak mereka. Mereka semakin menua. Semakin mendekat ajal. Anak-anak yang bakal ditinggalkan. Cucu-cucu yang bakal menjadi pewaris. Perlu kuat dan mesti kuat berhadapan dengan keadaan dan cabaran semasa. Bukan soal kekuatan fizikal, tapi mental dan jiwa. Tekaqwaan dan keimanan. Pendirian. Keyakinan kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Tidak cuma sekadar itu, mak mertua PC pun bimbang. Bila bersembang ada rasa kebimbangan yang diluahkan. ''Cucu-cucu mak semua kecil lagi. Boleh jadi nanti akan bertambah cucu mak. Mungkin masa tu mak dah tak ada. Banyak benda yang mak bimbangkan. Cabaran sekarang berat dan lebih bahaya kerana lebih menyerang akidah''. Bila PC fikir semula, memang betullah. Keselamatan diri. Keselamatan akidah.
Dewasa ini, kita sendiri boleh dengar dan tengok jugakan. Macam-macam yang terjadi. Macam-macam yang dilakukan yang kadang tak terlintas pada akal fikiran kita pun. Macam tak sangka pun tapi boleh berlaku dan dah banyak yang terjadi pun. Cuma kira sedar atau tidak sahaja. Kita nak cakna atau buat tak tahu je.
Ramai anak kecil yang telah dan sedang diserang dan dirosakkan. Sedih lagi berganda bila yang merosakkan darah daging sendiri. Sedangkan mereka nanti menjadi peneraju yang menyambung. Malah mereka yang akan perbaiki apa yang kurang dan tidak baik. Kalau daripada kecil mereka sudah dihancuri, bagaimana ke depannya kelak. Allahu. Sedih.
Acuankanlah, jinakkanlah jiwa mereka dengan taman-taman syurga di dunia. Semoga mereka akan sentiasa menjaga saf dan tidak mengizini setiap saf itu terus kosong dan sedikit bilangannya. Aamiin.
Tinta Perdu Cinta
MENCARI KESELAMATAN DISITUASI MENAKUTKAN
Tags:
Santai Peribadi
Saya yang takde anak pun risau bila memikir apatah lagi para ibu bapa di luar sana. Moga Allah pelihara generasi penerus bangsa
BalasPadamSungguh. Kak ana pun pikir yang sama. Sentiasa doa moga zuriat keturunan kita terpelihara iman dan akidahnya serta maruah mereka. InsyaAllah.
BalasPadamsmoga kita smua terpelihara.. amin
BalasPadam