MENUJU JALAN PULANG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. PERGI KE MANA-MANA pun tetap sahaja ingat rumah. Tempat terbaik untuk berlindung dan beristirehat. Bersama-sama keluarga. Beraktiviti. Santai. Ada orang sangat-sangat selesa di rumah berbanding di luar. Jangan pelik, ada orang lebih selesa di luar tidak di rumah. Haaa.
Menuju jalan pulang akan ada ceritanya. Selalu ada kisah baharu yang kita lihat dan alami. Walaupun dilaluan yang sama. Walau guna laluan itu setiap hari. Rasa macam tak ada apa-apa, mungkin kita sahaja yang tidak sedar akan hal itu.
Kata orang, alah, kan jalan biasa. Kalau ada setan, setan dah kenal. Malaikat pun dah tahu. Tapi kena tahu juga, tak selalu setan muncul nak tunjukkan wujudnya. Sesekali main cak cak ba.. Haaaaaaaaa. Sebab PC sendiri pernah ada pengalaman masa zaman sekolah.
Apa yang terjadi?
Lalu jalan yang sama setiap hari, sekali ditunjukkan makhluk halus yang bertukar menjadi kasar pulak dia.. Kayuh basikal dah laju, tapi rasa macam basikal tu tak bergerak. Siap nangis lagi. Baru nak pergi sekolah. Kalau balik sekolah jangan cakap, selalu kena kejar dengan orang kurang siuman. Bukan PC je, kawan-kawan semua kena kejar. Mengerikan sungguh. Ada sekali kawan PC sampai terbabas masuk semak. Nak tinggal tak sampai hati. Sama-sama tolong.
Sama-sama tolong. Menuju jalan pulang. Bukan cuma menuju jalan pulang ke rumah dilayan dunia sehingga selamat. Menuju jalan pulang ke alam abadi pun banyak cabarannya. Kena saling membantu. Bantu diri sendiri. Bantu ibu bapa. Adik beradik dan orang lain juga. Sebenarnya menuju jalan pulang yang satu ini sangat-sangat perlu dijaga.
Tinta Perdu Cinta
Menuju Jalan Pulang
Tags:
Santai
Sampai masanya kita akan menuju jalan pulang yang abadi
BalasPadamSetiap dari kita semua pasti akan menuju pulang ke negeri abadi..
BalasPadambantu diri sendiri adalah menjadi keutamaan .. kalau diri sndiri pun diabaikan maka hidup pun rasa tak seronok..
BalasPadam