REZEKI
Assalammualaikum wbt
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Masuk hutan awal pagi
Niat mencari akar kayu
Elok bangun awal pagi
Badan segar rezeki laju
Pergi masjid berserban
Sangkut dibahu laju berjalan
Bukan banyak jadi ukuran
Keberkatan menjadi dambaan
Dulu jalan sekarang berkereta
Di jalanraya jangan berlumba
Tidak cuma harta benda
Akan diberi pelbagai rupa
Mula jalan kemudian berlari
Semangat dengan jati diri
Sedikit mesti disyukuri
Banyak jangan dikufuri
Ada pelbagai bentuk arca
Seni halus hasil berkarya
Bermacam bentuk pelbagai cara
Semua berasal daripada-NYA
Tinta Perdu Cinta
Rezeki
Tags:
Pantun
Rezeki Allah itu luas. Dikelilingi oleh orang yang baik-baik juga adalah rezeki
BalasPadam