SELESAI 31 HARI LAPAN PER DUA BELAS | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SEDIKIT ISTIMEWANYA bulan Ogos adalah, penutupnya merupakan sambutan ulangtahun Hari Kebangsaan negara kita, Malaysia. Tahun ni alhamdulillah sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65. Siapa yang sambut ulangtahun kelahiran maka lebih berganda kegembiraannya. Macam satu Malaysia meraikan gitu kekdahnya. Uuhuii.
Dua tahun lepas disaat wabak Covid19 melanda negara kita, banyak yang terpaksa dilepaskan untuk tidak diraikan dengan selayaknya. Bererti termasuklah setiap sambutan perayaan begitu juga sambutan Hari Kebangsaan. Sepi. Sayu. Berlalu begitu sahaja.
Tahun ini jadi tahun pertama keadaan berbeza menjadi lebih dan bertambah baik walaupun tetap sahaja masih perlu mematuhi SOP yang ditetapkan dan perlu dilaksanakan. Mungkin virus Covid19 tak seganas dulu tapi tetap masih ada. Tetap boleh mencemaskan. Tenang air dipermukaan, buaya yang ada sentiasa menanti mangsa.
Bakal meninggalkan bulan ke-8 ini, apa sahaja yang telah dan sedang dilalui, jadikan ingatan dan pengajaran. Simpan mana yang baik. Kalau ada rasa tak best tu, singkirkan cepat-cepat.
Empat bulan berbaki. Manfaatkan sebaik mungkin. Macam lama. Macam banyak, sebenarnya sedikit dan sangat singkat sahaja waktu dan hari untuk menuju tahun 2023.
Tinta Perdu Cinta
SELESAI 31 HARI LAPAN PER DUA BELAS
Tags:
Santai
Selamat hari kemerdekaan buat PC semoga kita semua sentiasa dalam redha Allahs swt, pendamik lalu banyak pengajaran tentang hidup yang singkat ini bagi mereka yang mahu berfikir kan PC
BalasPadamHai september!
BalasPadamSlmt hari Merdeka❤️Malaysiaku
BalasPadam