TIDAK LAGI TUNGGU SYAWAL ATAU ZULHIJJAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum. SETAHUN SEKALI ATAU DUA KALI SAHAJA sibuk anyam daun kelapa yang muda untuk buat ketupat. Lama kelamaan ketupat segera menguasai pasaran dan menjajah sebahagian besar dapur di rumah-rumah.. termasuk rumah babah mama dan mertua PC. Jimat masa, tenaga dan kos.
Memang betul. Namun tradisi anyam kerongsong ketupat ini tidak seratus peratus ditinggalkan dan dilupakan juga. Walau mungkin tidak ramai tapi masih ada yang menjaga tradisi ini dan dikekalkan turun temurun. Anak, menantu dan cucu boleh menganyam dengan baik. Alhamdulillah.
Memang betul. Namun tradisi anyam kerongsong ketupat ini tidak seratus peratus ditinggalkan dan dilupakan juga. Walau mungkin tidak ramai tapi masih ada yang menjaga tradisi ini dan dikekalkan turun temurun. Anak, menantu dan cucu boleh menganyam dengan baik. Alhamdulillah.
Kalau pun selalu memilih untuk menghidangkan ketupat segera, tidak bermakna tidak pandai menganyam dengan baik. Cuma mungkin bila menganyam ambil masa untuk ingat step. Hahaha. Mula la muncul macam-macam bentuk dan jenis. Asal masuk beras, bila direbus tak terburai kita okey la tu.
Tak pandai anyam ketupat tak boleh kawin. Tak pandai anyam ketupat bukan perempuan asli. Eh, gitu pulak. Tak pandai boleh belajar. Yang pandai jangan riak. Kalau awak belajar pun, Allah tak izin pandai, tak jadi juga. Tak perlu nak beratkan hal ringan dan mudah. Bawa santai sudahlah. Kenapa mesti dikecohkan. Banyak perkara lain perlu diperhatikan. Tak gitu. Huhu.
TIDAK LAGI TUNGGU SYAWAL ATAU ZULHIJJAH. Ada masa nak yang segera. Ada masa nak yang tradisional. Menu utama Aidil Fitri dan Aidil Adha tapi dulu la.. sekarang tak kira dah. Rasa nak makan, masak jelah. Menu valid sepanjang masa. Lagi bila berkumpul ramai-ramai. Makan sama-sama. Bila masing-masing dah ada keluarga sendiri belum tentu dapat berkumpul rayakan. Jadi bila dapat kumpul, masak jelah ketupat. Hihi. Begitulah mencipta bahagia dan gembira.
Tinta Perdu Cinta
TIDAK LAGI TUNGGU SYAWAL ATAU ZULHIJJAH
Tags:
Santai Peribadi
Kita tak pandai anyam. Kakak kita pandai, pun dah tak larat lagi nak menganyam nampaknya.
BalasPadammudah nak mkn ketupat la ni
BalasPadamsepanjang musim la ni?
BalasPadamsaya tak pandai anyam ketupat nasi.. kalau ketupat daun palas, pandai ler..
BalasPadamkalau ke rnr tu ada je jual kan.x kira masa. Entah la kenapa x pandai anyam ni ,.jenuhh tok. Ajar dulu. Tp ciknur suka ketupat pulut mcm ni ,bkn ketupat nasi..org kg buat ketupat pulut
BalasPadamAnyam ketupat ni ikut negeri jugak. Ada yang pandai sebab dah terbiasa dari kecik. Betul tak payah tunggu raya, tapi kalau raya lagi feel
BalasPadam