ANAK-ANAK YATIM | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TAKDIR NI RAHSIA. Baik takdir hidup kita dan takdir hidup orang lain juga. Mati itu satu hal yang pasti dan rahsianya juga pasti.
Sedih bila ada kaum keluarga yang pergi kembali kepada PENCIPTA. Kita dengar sedih, apatah lagi bila diri sendiri berhadapan dengan situasi begitu. Allahu. PC pasti rebah. Rebah sangat-sangat.
Bila tengok berita, ada ibu bapa yang terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawa.. ya Allah. Meninggalkan anak yang ramai. Masih kecil dan masih memerlukan perhatian serta kasih sayang ibu bapanya, jujur luluh hati PC.
Mereka menjadi anak yatim. Atau yatim piatu. Itulah jalan yang mahu tidak mahu harus mereka tempuh. Allahu. Sedihnya. Sayu. Pedih rasa hati PC. Hak asuh berganti kepada saudara mara. Atok, nenek, pakcik, makcik atau adik beradik yang lebih dewasa mengasuh sendiri saja. MasyaAllah.
Besar pahala mengurus mereka dengan baik dan sempurna. Dijaga segenap keperluan mereka. Diurus harta benda mereka yang ada dengan paling jujur. In sya Allah berkat hidup dunia akhirat.
Jangan sakiti anak yatim. Tolong jangan kerana mereka ada tulahnya kepada orang lain yang khianati mereka. Tolong sangat-sangat. Jangan main-main kalau tak nak ditimpa musibah.
NOTA PC : Kan bagus anak yatim dirumah yatim boleh dijadikan anak angkat.
Jangan main-main dengan harga anak yatim ni... besar kesannya dlm kehidupan
BalasPadamAllahu. Semoga Allah lindungio mereka. Orang kata prosedur ambil anak angkat ni susah ya. Tapi artis senang je ambil. huhu
BalasPadam