AROMA KOPI YANG MENYERAMKAN | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. JUJUR, PC rasa takut. Mula-mula biasa-biasa, macam tak ada apa-apa, tapi lama-lama jadi seram la pulak. Alhamdulillah sekarang boleh dikatakan setiap hari hujan. Syukur sangat-sangat. Hujan syukur, panas pun syukur juga. Rezeki.
Bukan mitos. Apa?. Perut sentiasa rasa lapar bila hujan-hujan ni ha. Macam ada kumpulan alat muzik dalam perut. Kejap dangdut. Kejap hindustan. Nanti kejap rock metal. Adoii. Sabarlah wahai perut. Bia hujan nilah macam-macam terfikir, nak makan itu ini. Ada ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis pun syok juga ni. Allahu. buat air milo tak pun kopi panas. Fuhh. Layan.
Layan aroma kopi. PC tak tahu daripada mana sumbernya. Boleh dkatakan sentiasa ada bau kopi pada deria bau PC la. Sungguh. Alahai meremang bulu roma. Muladaripada awal pagi.. PC bangun subuh. Bawa ke tengahari. Senja waktu maghrib. Sampailah malam semula. Aroma kopi sentiasa ada dan segar sangat-sangat.
Ada angin mungkin ya, bau kopi tu tersebar ke mana-mana. Tapi kalau tak ada angin, rasanya tidak jugalah kalau daripada rumah hujung nun di sana tu bau kopinya boleh sampai ke rumah PC. Ah.. seram. Dah lama sebenarnya, tapi PC diam je. Akhirnya en suami mula bersuara. Aroma yang kuat dan tajam, buat en suami samggup bangun malan-malam keluar rumah tengok, kot-kot ada jiran tetangga yang melepak depan rumah sambil ngopi malam-malam. TAK ADA!. Semua rumah gelap gelita. Dah tidur masing-masing. jira kanan kiri PC pun kerap tak ada di rumah juga sebenarnya kerana ada uruasan masing-masing luar kawasan.
Aroma kopi yang menyeramkan. Dari mana datangnya?. Misteri. Sebenarnya aroma kopi ni menyegarkan tau. Tapi kalau tak tahu puncanya dan sentiasa ada, itu boleh jadi menyeramkan. Kecuali memang duduk sebelah atau kawasan kilang proses kopi. Haaaa itu lain ceritanya. Tak pelik. PC cakap juga dengan en suami, rasa seram kan.. rupanya ensuami pun meremang juga bulu roma dia. Kikikiki. Laaaa.
Kita hidup berdampingan. Kasar, halus, nyata, ghaib semua ada. Semua Allah swt yang cipta. semoga yang baik-baik sahaja berdamping dengan kita semua. Aamiin.
NOTA PC : AKU TAK KACAU KAU,, KAU JANGAN KACAU AKU YA.. AROMA JE PUN DAH GOYANG LUTUT NI HAAAA.
Tags:
Santai Peribadi
seram gak tetiba bau kopi pd waktu malam... selalunya bau wangi bunga tgh2 mlm yg menyeramkan..
BalasPadamUncle kalau bau kopi jadi ketagih....
BalasPadamseram tu ada bau kopi..biasa kopi mmg kuat baunya kalo ada yg bancuh
BalasPadamMisteri ni... Mungkin PC kena selalu minum kopi agaknya :) Apapun moga dijauhkan dari perkara2 buruk 🤲
BalasPadamAdoii memang seram tu tak kenal masa asyik terbau kopi
BalasPadam