BAHASA CINTA TIDAK SEMESTINYA I LOVE YOU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. CINTA itu rasa. Anugerah tapi cuma dipinjamkan. Untuk semua. Sesiapa pun ada rasa cinta. Tuhan juga ada rasa cinta dengan caranya tersendiri. Sangat jauh berbeza rasa cinta Tuhan dengan rasa cinta makhluk.
Kita minta melalui doa, Allah terus kabulkan itu cintaNya. Atau Allah beri tapi digantikan dengan sesuatu yang lebih baik, itu juga tanda cintaNya. Kalau Allah tangguhkan pun itu juga tanda dan cara DIA cinta pada kita. Bersyukur.
Mungkin ada yang menegur. Atau kita ditegur. Disuruh romantis dengan pasangan halal masing-masing. Tak nampak romantis sangat gitu. Kaku kejung keras kematu. Haaa gitu. Adoilah. Terpulang pada orang. Ada yang dengan senang hati romantis dikhalayak awam. Ada yang malu-malu.. tersipu-sipu. Kalau tak tunjuk, bukan bermakna tak romantis. Risau ada yang tak selesa, muntah pulak. Atau berdarah hidung. Kan kesian. Atau jadi umpatan.
BAHASA CINTA TIDAK SEMESTINYA I LOVE YOU. Setiap pasangan ada bahasa cinta masing-masing. Tak sama. Sungguh. Bahasa cinta ni macam perisa. Macam rumah, ada langsir mahal, ada langsir biasa-biasa tapi sangat cantik dan rapi. Begitu juga dengan setiap pasangan. PC lebih menjurus pasangan suami isteri ya. Kadang tengok Ya Allah, kasarnya bahasa laki bini ni bila bersembanh dia sama dia, tapi dah hidup bersama 40 tahun.
Apa pun bahasa cinta yang digunakan paling perlu adalah 'saling'. Saling memahami. Sama-sama saling menjaga hubungan dengan Tuhan. Saling menghargai. Saling menghormati. Saling menyayangi. Bahasa cinta seburuk dan sekasar apa pun kalau ada pengertian dan sentiasa 'klik' in sya Allah baik-baik sahaja. Aamiin.
Boleh jadi tidak dengan ungkapan atau lisan tapi diterjemahkan dan dibuktikan dengan perbuatan.. itu juga bahasa cinta. Bahasa cinta itu perlu. Semai, baja dan tuai dengan cara masing-masing okay.
NOTA PC : Bukan melengkapi tapi saling menerima hingga hujung nyawa.
Tags:
Santai
hormat dan tanggungjawab lebih bermakna dalam sebuah hubungan selain dari kata kata
BalasPadambahasa cinta melengkapi pasangan dgn kbhgiaan
BalasPadamSetuju tu bahasa cinta tak semestinya I love you
BalasPadam