CUKUP SANGGUP TERIMA APA ADANYA
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Assalammualaikum semua. Hihi
Letih kaki naik tangga
Makin kurang tenaga terkumpul
Jaga Tuhan jaga agama
Kunci teguh ikatan disimpul
Tinggi sungguh semua bangunan
Pasti gayat tidak mahu melihat
Lain prinsip berbeza keturunan
Saling menyantuni ke akhir hayat
Berpimpin tangan jalan bersama
Lirikan orang tentunya ada
Buka berjanji dengan manusia
Hakikat berjanji dengan Pencipta
Tertata rapi indahnya lukisan
Karya berseni jadi tatapan
Bukan mudah menyatukan dua insan
Perlu perjuangan juga ketulusan
Gelap langit hitam warnanya
Guruh berdentum memberi tanda
Tidak mengapa bukan yang sempurna
Cukup sanggup terima apa adanya
NOTA PC : Cukup boleh terima ada adanya hingga hujung nyawa
Tags:
Pantun
PUISI INDAH BERMAKNA
BalasPadamSaling memahami pasti berkekalan
BalasPadam