HUJAN-HUJAN MAKAN ROTI KUKUS | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. ENCIK SUAMI balik rumah sambil nyanyi lalalala.. ditangan ada satu bungkusan plastik. "Nah sayang, abang beli roti kukus". Bersiar-siar mata PC. Yabedabedu. Rezeki.
Patutlah balik lewat berbanding hari biasa. Ingatkan sebab hujan, rupanya sebab beratur panjang kat kedai roti kukus ni. Dah malam, hujan ditambah barbaris panjang, sampai tak sempat nak ambil gambar gerainya. Takpelah.
Macam mana encik suami tahu?. PC pun siasat. Kawan-kawan beritahu katanya. Kedai tu dah famous la rupanya. Ada youtuber dah datang buat review gitu. Wahhh. Mantap ah. Sehari beratus buku roti dapat dijual.
Memang sedap. Masa encik suami bawa balik, masih hangat lagi. Lembut nau nau gitu. Pulak hujan lebat. Kata orang sambil makan tak elok sembang. Tapi kami sembang sambil makan roti. Agak-agak nak tercekik cepat-cepat minum air. Hihi.
Seronok bila tahu perniagaan orang maju. Alhamdulillah. Kita membeli pun membantu jugakan. Kita doakan setiap peniaga maju perniagaan mereka. Mencari rezeki untuk menafkahi keluarga. Tidak mudah.
NOTA PC : Sesekali memang memancing selera. Selalu bahaya.
Tags:
Santai Peribadi
sedapnya roti kukus hehehe
BalasPadamdah hampir 3 minggu ammi puasa dari makan roti...nak diet kononnya. Awak jangan racun fikiran saya tau awak
BalasPadamRoti Kukus Kuala Kangso ke?
BalasPadambila nampak roti tu aduhai lama dah akak tak meroti dekat rumah, kadang rindu
BalasPadamJangan lupa kopi O kaw
BalasPadam