JAGA
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Assalammualaikum semua
Betik muda dipetik pantas
Susun rapi dalam raga
Banyak perkara boleh dibahas
Jangan cemar mulia agama
Jangan cemar mulia agama
Orang berakhlak tentu bijaksana
Pilih guru mahu berguru
Terang suluh aman akhirat
Terang suluh aman akhirat
Dari dunia semua dijaga
Mengharap banyak dihadiah rahmat
Lisan dijaga hindar maksiat
Lisan dijaga hindar maksiat
Tidak semudah hitungan angka
Sebelum hidup melarat terlaknat
Bersama Tuhan dekat merapat
Bersama Tuhan dekat merapat
Memang hamba resamnya begitu
Andai syariat dijaga erat
Kerajaan dilangit jua tertungu-tunggu
NOTA PC : Jaga diri sendiri. Jaga sesama.
Tags:
Pantun
Sama2 kita jaga diri
BalasPadam