KENA LETAK PELARIS PADA SETIAP ARTIKEL

KENA LETAK PELARIS PADA SETIAP ARTIKEL |  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. SEBUT pelaris sangat sedia maklum. Tentu yang bukan-bukan dalam fikiran dan dibayangkan. Orang kita sangat sudah terbiasa soal pelaris ni. Percayalah, kalau pun tidak menggunakan dan tidak pernah terfikir untuk menggunakan, tapi tahu. Lebih-lebih lagi orang tua-tua. Mistik. Ghaib. Seram juga.  

Pelaris ada dua jenis. Pelaris betul dan pelaris terlarang yang dilarang oleh agama dan hukum. Tidak diperbolehkan. Syirik jatuhnya. Syariat melarang sangat-sangat juga tau. Fuh. Ya, ianya menjadi jalan singkat yang masih lagi dipilih zaman sekarang. 

Pelaris pertama yang melibatkan mistik. Misteri. Bab yang ni PC tak berapa pasti mediumnya apa. Jujur PC pernah dengar orang bercerita, tapi kalau maklumat atau infonya PC dapat daripada majalah mastika. Dulu PC sangat rajin baca majalah mastika tu. Tak kiralah beli sendiri atau pinjam di perpustakaan sekolah. Ha gitu.. kadang sampai nak pergi bilik air pun takut. eh, esok-esok baca lagi. Kesian mama dengan babah.. jadi angsa tak aman hidupnya asyik kena teman perg bilik air. walaupun bilik air dalam rumah.

KENA LETAK PELARIS PADA SETIAP ARTIKEL

Pelaris kedua ni lebih baik. Lebih bermanfaat dan tidak menyalahi hukum pun. Ramai peniaga juga guna zaman sekarang iaitu taktik atau teknik bijak memilik media sosial untuk dijadikan pelaris. Dan sebagai seorang blogger juga kena letak pelaris pada setiap artikel. dengan cara masing-masing ikut mana yang lebih sesuai dan memberi kesan paling maksimum. 

Lain blogger, lain caranya. Lain pelaris yang digunakan. Setiap blogger ada hamdalan dan kekuatan serta kemahiran masing-masing. kadang cuma gambar sahaja menjadi pelarisnya. kadang kata-katanya. Ada yang cuma dengan berkongsi kata-kata tertentu sahaja. Tidak kurang yang memang mahir dan pakar dalam landasan review. Lagi satu meletakkan kata kunci yang kuat juga itu menjadi pelaris pada blog dipandang dan terindeks pada mesin carian.

Kena rajin belajar dan mencari. Teknologi sentiasa berubah kerana perkembangan semasa mengikut keperluan. Mahu tidak mahu kita kena cuba mengikuti kalaupun tidak kuasa semua jangan sampai tercicir semuanya. in sya Allah kita boleh.

NOTA PC : Pelaris jangan sampai makan diri.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Hehehe tp kdg kita x tau apa pelaris yg elok utk blog kita.. Eh pelaris anakomak adakah si demok uyum? Hahaha

    BalasPadam
  2. akak tak reti nak membuat pelaris utk blog hehehehhe. blog picisan je orang datang pun sikit je

    BalasPadam
  3. Kalau nak laris kena rajin. Malas payah nak laris huhuhuu...

    BalasPadam
  4. Betul tu PC, tapi Kak Sue tak ada pakai pelaris pun untuk blog. Main hentam saja lah.. hehehe..

    BalasPadam
  5. Entahlah apa pelaris blog saya. Lesung pipit penulis kot. Eh perasannya. Haha

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama