KEROPOK PERISA UBI MENGASYIKKAN

KEROPOK PERISA UBI MENGASYIKKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. MENGANTUK memang tak boleh elak. Lagi-lagi bila buat kerja sambil duduk. Waktu ngadap laptop salah satunya. Ha.. mulut kena mengunyah sikit-sikit. Kadang makan gula-gula. Bahaya juga asyik gula-gula. Adoiii.


Selain gula-gula, KEROPOK PERISA UBI MENGASYIKKAN nilah yang kerap jadi kawan PC. Tipis je. Sekali masuk mulut dua tiga keping hilang. Raba-raba, eh dah kosong mangkuk. Gitulah. Biasa bila balik kampung beli satu bungkusan yang besar macam orang nak buat majlis tu ha. Senang. Bagi kawan-kawan encik suami sorang sikit, bakinya untuk makan sendiri di rumah.

Bila baring tak tido. Bila duduk eh ngantuk bukan main. Syaitan ni bijak eksploitasi betullah. Ya Allah. Janganlah gayut-gayut kat kelopak mata ni haaaa. Nak updated blog ni. Kalau ngunyah je, mahu badan kembang macam belon panas di udara tu haaaa. Adoiii.

Lagi la kalau waktu hujan. Ha lagi menjadi. Menguap sampai mengalir air mata. Anak bulu pun tengok je.. agaknya pelik kot. "Dah kenapa ummi aku ni.. makan keropok sambil nangis ke".. hahahaha. 

Cabaran selalu ada. Kuat semangat in sya Allah berjaya dan boleh terus maju. Tapi tak semudah dilisan kita manusia ya. Semua kena ada days yang menolak atau menyokong juga.. untuk positif.

NOTA PC  : Oksigen kurang sampai ke otak tu yang ngantuk agaknya.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kita suka keropok ni. Memang makan pakai kaup, tau2 licin dah bungkusnya, kenapa tak cukup??? Huwaaaa.

    BalasPadam
  2. semua jenis keropok ubi memang kegemaran akak

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama