KETAM YANG PALING JARANG DIMASAK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. MEMANG daripada kecil PC suka seafood. Betullah, anak akan ikut ibu bapanya. Mama suka seafood, babah pun suka seafood. Lagi satu faktor yang paling jelas adalah rumah kami dekat dengan jeti nelayan. Dekat dengan laut.
Bila dekat dengan laut dan jeti tempat nelayan kumpul dan jual hasil maka mudahlah nak beli ikan, seafood termasuklah belangkas. Dulu masa kecil, mama selalu beli terus daripada nelayan. Segar dan murah. Sampailah sekarang, cuma bezanya harga sahaja. Dulu mama babah beli dengan ayahnya, sekarang turun ke anaknya pula jadi nelayan dan peniaga. Gitulah hidup kita.
Udang, sotong dan ketam. Rasanya KETAMlah YANG PALING JARANG DIMASAK. Kadang nak beli harga kayangan sangat. Bila ada rezeki, eh tak ada pula ketamnya. Gitulah. Berbanding udang dan sotong agak lebih mudah didapati. Biasanya nasib yang menimpa PC ni adalah, waktu tak terasa nak makan, waktu tulah banyak sana sini. Sotong la. Udang la. Ketam la. Nanti bila nak makan sangat, nak masak itu ini mencari macam nak tercabut tumit tak ada.
Ketam agak susah dimakan. Kena teliti dan sabar. Perlahan-lahan nak dapatkan isi dia yang lembut, halus dan manis tu. Kalau yang dewasa rasa tercabar nak makan ketam. Bayangkan anak kecil. Aduh terliur la pulak. Teringat ketam masak sambal tempoh hari. Alhamdulillah, kawan encik suami hari-hari cari ketam. Dia sendiri je. Buat tambah pendapatan. Usaha cari rezeki. Kami pun baharu tahu. Baharu diwarwarkan dalam group WhatsApp. Alhamdulillah, PC cakap dengan encik suami, lepas ni nak makan ketam beli je dengan kawan tu.
Masak sambal dah, ada lagi nanti nak masak kari pula la. Ke sup atau lemak cili api. Cuma bila masak pedas ni ditambah ketam, mahu pijar jari jemari dengan bibir. Makan pun kena senyap, hati-hati.. risau tersedak. Fuh. Nak selamat, goreng kunyet jelah. Tak pun celup tepung. Haaaa.
NOTA PC : Bila dah berusia ni kena berjaga-jaga juga bab makan minum.
Tags:
Santai Peribadi
Saya paling suka ketam kak, dulu boleh kata tiap minggu masak lg kt sabah harga murah, arwah mak mmg suka beli bila balik cuti, tapi sekarang jarang dah makan kena kontrol, terlebih seefood badan gatal2.
BalasPadamNak makan ketam, memerlukan kesabaran yang tinggi. Saya tak sabar. Huhu.
BalasPadamsedapnya ketam. lama tak makan. saya suka masakan yang tak pedas. kalau tak manis ketam tu akan tenggelam
BalasPadamNice post thank you Michael
BalasPadammovierulez
BalasPadamibomma movie download
fzmovies
9movies
movierulzfree
mfzmovies
mkvmovies
youtube to mp3 converter falsches format
BalasPadamconvert youtube video to mp3 free download online
youtube to mp3 more than 2 hours free
how do you convert youtube video to mp3 on vlc
youtube to mp3 on
https://yttomp3.pro/
is free youtube to mp3 converter legal
youtube tube to mp3 downloader
how to turn youtube into mp3 on iphone
youtube to mp3 converter download for ipad
Pathan SMS
BalasPadamArmaan Shayari
Miss u Shayari
Tanhai Shayari
Karwa Chauth SMS
Mausam SMS
Sorry SMS
Intezar Shayari