PERJALANAN TAKDIR HIDUP

PERJALANAN TAKDIR HIDUP | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. HUJAN DAN PANAS bersilih ganti. Malahan kadang macam ada berbahagi. Separuh hari panas, separuh hari lagi hujan. Agaknya ketika alam lagi murung maka mendunglah ia. Kita manusia dan makhluk lain menikmati. Nikmatilah dengan sebenar-benar rasa syukur. Jangan kufur.

Tidak dihindari, PC sering merenung dan terbawa dengan banyak memori yang warna warni. Senyum tangis. Manis pahit. Ada yang masih segar diingatan. Ada yang sudah tidak diingat lagi. Ada yang masih memang tetap mahu diingat.. dan ada yang mahu dilupakan saja. Tak apa, biarkan terlupa. 

Satu yang selalu terkait dan terungkai.. PERJALANAN TAKDIR HIDUP. Rentetan. Kehidupan. Saling memerlukan. Sentiasa bertambah dan berkembang. Setiap masa, setiap hari pasti ada perbezaan dan perubahan. Dari hari pertama lahir hingga kini.  Tidak semua yang telah terjadi itu sudah bersedia untuk diterima.  Ada yang mahu dielak tetap terjadi juga.  Ada yang mahu berlaku tetap ditunda Tuhan. 

PERJALANAN TAKDIR HIDUP

Gembira bila PC hajati dan terjadi.  Sedih bila tahu pasti berlaku tapi hati tidak bersedia tetap berlaku. Banyak yang PC rasa belum bersedia tapi itulah yang tiba.  Manakala yang PC rasa sudah bersedia,  masih Tuhan belum izin terjadinya.  Sebenarnya itulah  namanya PERJALANAN TAKDIR HIDUP PC. Hakikat yang PC sedar adalah,  kita ni usaha je..  doa je.. tawakkal je..  jalannya dah ada. Kan semua dah ditentu tetapkan. 

Macam puzzle. Kita papannya. Setiap yang datang satu persatu dicantum hingga menjadi sesuatu yang memberi tahu owh itu dan owh ini. Hingga kita sedar semuanya sekadar sekejap dan bukan pemilik sebenar-benarnya. PC akan hidup dengan PERJALANAN TAKDIR HIDUP PC. Semoga dengan ikhtiar, doa dan tawakkal akan banyak takdir hidup PC yang lebih baik terjadi. Aamiin. 

NOTA PC  : Tamatnya bagaimana. Ganjarannya mana satu. 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul tu, Allah akan berikan yg terbaik untuk hambaNya dan sentiasalah bersyukur. Terima kasih atas posting yg bermanfaat.

    BalasPadam
  2. I just have to say, this article is truly exceptional! You’ve made an otherwise complex topic incredibly easy to understand,
    and I love how you’ve kept the reader’s attention from start to finish.
    If you're searching for a wellness store near me ,
    there are numerous options to explore that offer a range of products focused on health and well-being.
    wellness store near me

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama