SEMBILAN PER DUABELAS

SEMBILAN PER DUABELAS | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. ALHAMDULILLAH melangkah kita ke bulan seterusnya..  September. Selamat datang September. Masuk bulan ke sembilan ditahun 2022. Semakin dekat hujung tahun.  Macam-macam berlaku. Macam-macam juga yang mahu dilakukan. 

Mungkin ada yang sedang menghitung hari. Tak kisahlah apa pun itu,  untuk pertunangan,  pernikahan, ulangtahun, kelahiran dan sebagainya la ya. Semoga semuanya lancar dan Allah SWT permudahkan daripada awal hinggalah selesai ya. 

Tak ada yang harap perkara buruk terjadi.  Semua nak yang baik-baik. Mulus lancar semuanya. Mudah urusan.  PC pun nak macam tu. Tapi siapalah kita. Tentu sahaja ada liku yang mesti dihadapi.  Ada naik turun yang mahu tidak mahu harus ditelan dan dihadap. 

SEMBILAN PER DUABELAS

Begitulah hidup.  Sesusah apa pun selagi diperlukan dunia masih ada jalan dan caranya untuk lakukan sesuatu.  Berbanding bila telah tiada.  Bila sudah kembali kepada-Nya, sudah tiada jalan dan peluang untuk pulang dan memulai semula apa pun yang diingini. 

Jangan fikir sudah terlambat. Lebih baik fikir apa langkah seterusnya yang boleh dilakukan. Itu lebih baik. Kemudian bertindak dan buat yang terbaik.  Usahakan. Dah masuk September, teruskan usaha.  Mulakan jika belum.   

NOTA PC : Oktober, November, Disember.. sikit je lagi. Semoga kita menjadi manusia lebih baik. Aamiin.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. 4 BULAN LAGI DH MUNCUL TAHUN BARU

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan urusan. as for me agak kecewa ada yang diusahakan masih belum menampakkan hasil. huhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama