TERUS DIJAGA DAN MENJAGA

TERUS DIJAGA DAN MENJAGA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. SEMAI itu, dituai itu. Tapi ada juga semai itu dituai lain. Atau, apa yang disemai tidak dapat dituai langsung pun boleh terjadi ya. Tak pelikkan. Semuanya mungkin.


Terus dijaga dan menjaga. Tanam dengan tujuan pasaran luas dan besar, atau sekadar memenuhi keperluan serta kehendak sendiri, peraturannya tetap sama daripada awal lagi. Sebab, mahu hasil dan kualiti yang baik. Betul tak?. Kualiti biji atau anak benih. Baja yang digunakan. Racun yang disembur. Penjagaan. Perhatian. Semua ni penting. Rajin dan bersemangat. Begitulah pada tumbuh-tumbuhan, yang ditanam.

Macam itu jugalah dengan manusia. Mesti terus dijaga dan menjaga. Pepatah dulu-dulu, ibarat melentur buluh biar daripada rebungnya. Tapi ikutlah macam mana Nabi Muhammad saw ajarkan mengikut peringkat umur. Semua ada fasa atau peringkatnya.

Mesti dijaga. Ya, mesti dijaga daripada awal. Bukan tidak ada nakal zaman dulu. Ada je. Mungkin tidak seberani sekarang anak-anaknya. Justeru itu mesti dijaga. Jaga sampai tua. Jaga, bukan sekat tidak tentu hala. Ikut keadaan dan kesesuaian.

Bila dah diterapkan hal baik pada diri daripada kecil, usahalah diri masing-masing menjaga. PC percaya, mula jaga diri sendiri nanti yang lain pun in sya Allah selamat. Kan mula daripada individu, menjadi sepasang, sekeluarga, masyarakat seterusnya rakyat dalam sebuah negara.

Dijaga. Menjaga. Seperti ada komunikasi dua hala. Penting sangat-sangat. Kalau tidak banyak masalah timbul. 

NOTA PC : Dijaga dan menjaga. Masyarakat dan negara. Selamat Hari Malaysia.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama