USAHA, DOA DAN HASILNYA

USAHA, DOA DAN HASILNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. MEMANG tidak dapat dinafikan.. dan memang Allah swt suruh kita minta kepadanya. Minta banyak-banyak dalam bentuk doa. Harapnya kita ni tak bosan berdoa. Walau minta keinginan yang yang sama selalu. 

Rock Melon 
USAHA, DOA DAN HASILNYA

PC bersyukur sangat dikelilingi orang yang berjaya dalam bidang masing-masing. Mereka ni kawan-kawan encik suami. Bahagia orang bahagia kita. Bahagia PC. Bahagia PC harapnya orang pun bahagialah ya.. aamiin. Husnuzon ni. Kalau ada yang tak bahagia dengan bahagia seadanya PC, tak apalah. Semoga Allah lindungi PC sekeluarga dan kita semua.

Golden Melon
USAHA, DOA DAN HASILNYA

Kawan-kawan encik suami ni macam-macam aktiviti dan minat yang diusahakan. Ada yang bertani, nelayan, kontrak dan lainnya. Bila masing-masing terus maju dalam bidang masing-masing itu satu yang positif. Aura yang sihat untuk kita dan mereka saling berada dalam persekitaran. SANGAT MEMOTIVASIKAN.

Rock Melon dan Golden Melon ni tak bermusim kerana penanaman terancang. Banyak ditanam banyak dan panjang hasil yang dikeluarkan.. kalau tak ditanam semula selepas kutip hasil maka tidak adalah hasil seterusnya. Macam padi la lebih kurang.. semai, tuai hasil, lupus.. begitulah seterusnya. Bukan macam pulasan, durian, manggis, nangka dan sebagainya yang tunggu musim masing-masing. 

USAHA mesti kena ada. Bukan usaha main-main, tapi betul-betul kalau nak hasil yang betul-betul juga. DOA, senjata. Memang betullah doa senjata kita. Doa tu kan bentuk permintaan kita kepada yang memberi dan menciptakan semua ini, Allah swt. Doa sesuai apa yang kita hajati. In sya Allah,  Allah akan beri. Percayalah. DAN HASILNYA, kita lihat sendiri. Setelah lihat dan terima hasil, jangan lupa bersyukur. Tutup semua dengan rasa syukur.

NOTA PC  : Rezeki boleh melalui perantara. Tidak semestinya direct kepada kita.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. bertani jadikan sebagai hobi...satu boleh riadah dan satu lg jimat dapat hasil

    BalasPadam
  2. tengok bila hasil usaha penat lelah berhasil

    BalasPadam
  3. Berbudi kepada tanah, hasilnya lumayan, tapi perlu berusaha juga mengikut apa yg diusahakan.

    BalasPadam
  4. Seronok tengok oran berjaya. boleh jadi pemangkin kepada diri sendiri juga. yang penting kita janganlah ada sifat dengki dan kedekut

    BalasPadam
  5. bestnya
    anga2 dari dulu nk bertani tp apakan daya usia dan kudrat x mampu he hee tumpang bahagia tgk org berjaya dlm pertanian

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama