APA YANG DITINGGAL DAN APA YANG DIBAWA

APA YANG DITINGGAL DAN APA YANG DIBAWA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.  BETUL ke kaum wanita ni bila nak ke mana-mana,  nak balik kampung ke, pergi bercuti ke,  bawa beg besar macam satu almari Di bawanya.  Semua penting.  Betul ke?. PC ada juga perhati dan sembang dengan sepupu,  kawan-kawan, sebenarnya atas diri masing-masing. Tengok juga ahli keluarganya berapa orang.  Tempoh keluar atau bercuti dan balik kampung tu lama ke tidak. 

Ada orang pergi satu backpack je. Comel je pulak tu.  Tapi bila patah balik backpack boleh beranak pinak siap boleh sewa grab khas untuk isi luggage je yang besar gedabak. Ada juga yang lebih suka membeli semuanya ketika berjalan-jalan. Kalau PC ikut perlu dan mahu. Cara PC tak apalah macam bawa lebih sikit,  bila nak guna, ada. Sebab kita tak boleh menjangka sesuatu perkara apa yang akan berlaku. 

APA YANG DITINGGAL DAN APA YANG DIBAWA

Bila nak guna ada.  Mudahkan.  Tapi nanti, akan tiba satu masa tidak perlu tunggu kita nak guna atau tidak kerana ianya ketetapan dan tidak boleh berpatah balik untuk mendapatkannya pun. Kalau sekarang,  nak guna ada,  senang.  Tak ada, terus cari dan beli, boleh guna. Tidak disaat itu nanti. Dah tak boleh patah balik. Memang tak boleh. 

Sekarang,  sementara masih hidup, fikirkan APA YANG DITINGGAL DAN APA YANG DIBAWA kelak. Macam aneh, tapi sebenarnya tidak aneh. Dunia tempat membuat persiapan untuk menghadapi kehidupan abadi. Mahu tidak mahu begitulah asam garamnya. Begitulah sifirnya.  

APA YANG DITINGGAL DAN APA YANG DIBAWA dua-dua saling berkait yang akan ada kesan dan pengaruhnya. Hadir dari alam roh,  kemudian kembali ke alam roh.  Perantaraannya adalah hidup, di dunia yang sementara tapi banyak cabaran dan godaannya.  Bila sudah punya semua, Jangan lupa bersyukur. Ketika sedang berusaha Jangan tersilap nawaitu.  Rasa syukur dan niat yang betul salah satu bentuk bantuan mengurangi beban kita di sana kelak. Aamiin. 

NOTA PC : pandai-pandailah asal tak memandai mandai


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Pak Inche tu haaaaaaa.. kalau boleh satu almari nak dibawaknya, hehehe.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama