BABAH GAGAL BERBINCANG DENGAN MONYET | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SABAR ITU TIADA BATAS cuma kemampuan kita bersabar sahaja ada hadnya. Kalau semua orang sabar betul-betul tiada pergaduhan. Tiada pembunuhan. Tiada kecederaan angkara tindakkan orang lain atau kerana perbuatan diri sendiri dan sebagainya.
Rasanya semua sedia maklum dan bukan cuma PC yang terlepas banyak momen dua tahun sepanjang COVID-19 melandakan. Tahun ini tahun pertama norma baharu. Macam tahun buku dan lembaran baharulah. Termasuklah menikmati musim buah-buahan. Alhamdulillah tahun ni ada pokok yang berbuah lagi dan buahnya bertambah sikit berbanding tahun sudah. Alhamdulillah. Yeyyyy.
Bila ada musim buah-buahan babah ada masa tak bagitau pun sebab kesian dengan PC. Biasanya memang PC yang tanya pun. Tapi ni babah tak bagitahu pun boleh tahu sebab masa balik puasa dan raya tu, pokok buah-buahan dah berputik. Hujung bulan Jun atau awal bulan Julai in sya Allah masak la tu. Memang betul.
Memang betul. Ada yang dah mula masak. Tapi macam biasalah kerabat monyet, tupai, landak, musang semua datang berziarah. Lebih kerap daripada kebiasaannya. Huhuhuhu. Dalam banyak-banyak tu, monyet paling banyak. Maka babah pun mula atur taktik. Perbincangan.
BABAH GAGAL BERBINCANG DENGAN MONYET. Monyet ni tak takut orang. Bila balik kampung, PC masak, slumber je dia jengah kat tingkap. Sampai terkejut PC. Habis terpelanting sudip. Dia gitu juga siap terjungkit kening dia. Bila asyik makan rambutan je, babah pun cakap..
Babah call PC, babah cerita babah dah slow talk dengan monyet.. kikiki. Kata babah.. "Monyet comel, apa kau makan itu rezeki kau. Tak apalah. Tapi jangan habiskan ya, tinggalkan untuk anak menantu atok (babah) nak rasa juga bila balik kampung". Kata babah, in sya Allah Jua, dapat rasa bila balik kampung.
Babah cerita bincang dengan monyet hari Khamis. Hari Jumaat babah pergi solat Jumaat, selesai semuanya. Sebiji pun tak tinggal. Gagal. Sedih babah. Ermmmm belum rezeki.
Begitulah hidup ini. ini kisah beberapa bulan lepas.. sekarang pokok buah-buahan macam dah ada yang nak berbunga lagi.. adakah sejarah akan berulang atau lain ceritanya. Tunggu dan lihat.
NOTA PC : BABAH GAGAL BERBINCANG DENGAN MONYET berkali-kali sampai pasrah.
Tags:
Santai Peribadi
aduh susah jugak ye nak berbincang dengan nyet2 ni..kene pakai mercun bom agaknya macam ayah mertua ciksun..dengan manusia sekali terkejut dengar bom meletup haha
BalasPadam