BUATLAH YANG TERBAIK

BUATLAH YANG TERBAIK | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Sederhana. Baik. Sangat baik. Ya, dan hakikatnya setiap orang itu ada potensi yang tidak sama. Setiap orang juga ada kelebihan dan kekurangan di bahagian masing-masing dalam kemampuan melakukan sesuatu hal. Begitulah kita manusia. PC percaya ada yang boleh dilatih dan diasah kemudian berhasil. Ada yang cukup sekadar itu dan perlu mencari atau menggali lagi untuk mendapatkan dan mencari kelebihan atau kekuatan diri di aspek yang lain. Berkat usaha atau berkat rezeki semulajadi. Satu, Tuhan tidak pernah mensia-siakan usaha dan doa hamba-hambaNYA. Percayalah. 

Kalau gagal di sini. Cuba di sana. Kalau tewas di sana. Bangkit dan berjuang semula di sini pula. Selagi ada celah mana-mana yang boleh masuk dan gunakan, makaambil dan gunakan kesempatan itu sebaik-baiknya kerana mungkin Allah beri kepada kita tidak kepada orang lain dan boleh jadi Allah beri kepada orang lain tidak kepada kita. Justeru itu buatlah yang terbaik.

Buatlah yang terbaik. Terbaik ya. Sekadar mana. Semampu mana. Seboleh dan sekuat mana. Kita tahu mampunya kita seberapa, maka kita buatlah sekadar itu. Tapi Allah swt lebih tahu kemampuan kita pada tahap mana maka kadang kita berasa pelik, sesuatu yang kita fikir tidak mungkin atau mustahil tapi kita boleh lakukan, nampak tak. Ada bantuan di situ. jadi selagi mana boleh, buatlah sehabis baik.

BUATLAH YANG TERBAIK

Kalau beribadah buat sehabis baik macam esok kita akan mati. Kalau kerjakan sesuatu, buat sehabis baik seolah-olah cuma inilah peluang yang kita ada untuk melakukannya saat ini. Kalau belajar, belajarlah dengan paling tekun fokus dan buatlah sehabis baik macam nanti orang yang ajar kita tu sudah tidak datang mengajar kita lagi. 

Kesimpulannya, buatlah yang terbaik tanpa berasa akulah yang hebat dan terbaik. Buang rasa bangga diri. Kikis rasa tahu akan semua perkara dan mampu lakukan semua hal. Tepis rasa berjaya lakukan dan buat terbaik kerana diri sendiri. Campak jauh-jauh rasa diri sangat besar dan mahu disanjung. Percayalah bahawa tulang belakang kepada semua adalah dengan izinnya Allah. Namun begitu jangan pasrah dan berserah tidak tentu hala sebaliknya ters buatlah yang terbaik kerana DIA. In sya Allah nanti apa yang kita sudah lakukan sehabis baik itu, kesan dan hasilnya boleh bertahan lebih lama. Aamiin.

NOTA PC ❤ : BUATLAH YANG TERBAIK tapi rendah hati 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. meme sokmo akan buat yg terbaik dlm apa jua bidang yg diceburi.

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana mengingatkan.. Buat yg terbaik.. Hasilnya biar Allah yg tentukan.. Semoga Allah sentiasa pelihara diri kita dari perasaan tinggi diri, riak, ujub, sombong... Nauzubillah..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama