BUKAN KEK JE KENA MOIST, MATA PUN KENA MOIST

BUKAN KEK JE KENA MOIST, MATA PUN KENA MOIST | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. INI BUKAN REVIEW BERBAYAR. Huhu. Cuma eye glo ni selalu ada dan mesti ada dalam simpanan mertua PC.  Atas nasihat doktor selepas mak mertua PC buat pembedahan buang selaput pada mata.


Mata mudah dan cepat kering kata mak. Encik suami pun selalu ada simpan eye glo ni. Lebih-lebih lagi bila memandu jauh dan lama. Segarkan sedikit penglihatan kata encik suami. Bila dah asa, maka isterinya pun minta la setitis dua untuk mata sendiri. Ha gitu.

Dulu eye mo. Pantang mata masuk habuk sikit menggelabah cari dan titiskan. Kalau tak ada sanggup pegi kedai beli. Yalah, kalau tak dibeli mana nak ada kan.. kan.. kan. 

BUKAN KEK JE KENA MOIST, MATA PUN KENA MOIST. Ha gitu. Kalau dapat makan kek yang lembap gebu, susah nak berhenti. Lepas sepotong ke sepotong yang lain. Sedap pada tekak. Hati gembira, perut pun tenang je. Macam tu juga pada penglihatan. Bila mata kurang selesa, penglihatan pun terganggu jugakan. 

Rasa selesa dalam keadaan sederhana pun dah membahgiakan. Betul tak. Kalau mata rasa kurang selesa nak buat apa-apa kerja pun jadi beremosi tak tentu hala. Tapi bila dah selesa, penglihatan ok, jangan pulak menjeng tengok yang tidak-tidak. 

NOTA PC  : Eye glo. Nyaman. 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama