JALAN LURUS PASTI ADA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. SIAPA YANG tak suka jalan yang lurus. Kalau asyis selekoh baring je mahu simpul mengkarung tengkuk. Lama-lama bahu pun lembut. Tapi memang adakan jalan macam ular kena palu. Awal sampai akhir. Muntah hijau mak ko dibuatnya.
Jalan lurus pasti ada. Ya ada. Jalanraya ada. Jalan dikehidupan juga ada. Tapi yang menarik minat PC adalah jalan lurus pasti ada dikehidupan kita semua.
Betlikunya. Selekohnya. Lopaknya. Itu anggap sebagai ujian. Cabaran yang Allah swt beri untuk naikkan darjat kita disisinya. Di sekolah pun ada peperiksaankan. Apatah lagi dikehidupan.
Kalau rasa hidup sentiasa susah je.. sebenarnya tak susah cuma cukup-cukup sahaja.. tak ada lebih. Ngam ngam gitulah. Kalau rasa senang je.. ada lebih je.. itu pun hati-hati.. ujian juga, jangan sampai lupa semua sement.. dah la sementara, eh Allah punya lagi semua tu.
Jangan rasa peritnya hidup tu kekal. Sama juga kesenangan. Jangan fikir senang dan mudah yang dikecapi saat ini akan terus kekal. Semua boleh terbalik sekelip mata. Boleh Allah ubah bila-bila masa sahaja.
Jalan yang lurus pasti ada. Ada kemudahan. Ada titik terang. Ada syurga. Ada rezeki. Kan Allah tak zalim. Selagi yakin dan bersangka baik dengan Allah, in sya Allah ok. Asal jangan terus pasrah. Cepat berserah tanpa usaha.
NOTA PC : Jalan berlubang ada. Jalan lurus pun ada. Berlubang jalan yang lurus itulah yang menentukan ke mana kita.
Tags:
Santai Peribadi
jalan apa pun yang kita ambil, moga jalan itu diredhai Allah
BalasPadam