JANGAN BERANGAN NAK TIDUR LENA

JANGAN BERANGAN NAK TIDUR LENA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. Happy wife happy family. Sebab isteri dan ibu mainkan peranan besar dalam rumahtangga. 

Ada lagi.. apa tu.. nak bahagiakan suami, jaga perutnya.. maksudnya masakkan dan jaga makan pakainya dengan baik. Ada yang benar dan ada yang tidak. Zaman sekarang jauh berubah dan berbeza. CARA MASING-MASING. 

Makan minum dan keperluan terjaga elok, kalau tidur tak elok pun bahaya juga. Risau kerana nyamuh, eh.. kelabu pula dibakarnya. Ganas. Bila dah marah apa pun boleh jadi. Nyamuk ada di mana-mana. Dia gigit tak kira siapa. Bukan pilih pangkat dan keturunan pun. Belasah semacam je. Asal dapat darah.

Bila ada nyamuk yang hinggap dan hisap darah pada manusia dan haiwah, itulah nyamuk betina. Nyamuk jantan hisap nectar daripada bunga macam lebah. PC tak boleh tidur bila riuh rendah. Kalau ada nyamuk lagilah susah nak tidur. Bila dah elok tidur, kena gigit nyamuk, jawabnya beranganlah nak tidur lena semula.

 
Kat bandar ke. Kat kampung ke. Ada je nyamuk. Lagi waktu malam. Bila balik kampung, mertua memang dah pesan dengan semua anak-anak beli racun nyamuk awal-awal. Sejam dua sebelum tidur.. sembur dulu. Haaa, kalau tak sampai subuh tak boleh tidur dengan tenteram. Lagi kalau musim hujan. Fuhhhhh. Siap berdenging berdengung dia sebelah teling kita oiii.

Bak kata adik bongsu.. 'abang dengan kakak JANGAN BERANGAN NAK TIDUR LENA.. kat rumah mak.. kecuali sediakan racun nyamuk siap-siap..' . Anehnya cuma satu bilik yang digemari nyamuk. Bilik lain tak pula. Adoii. Jadi, masing-masing dah stand by.. ada yang beli kelambu.. ada yang beli racun nyamuk.. ada yang beli minyak cap kapak la.. ada yang terus tak nak tidur bilik tu.  Hahahaha. Bila dia gigit kat tapak kaki tu yang paling tak boleh tahan. Tak tahan boleh jadi kudis juga. PC dengan en suami beli.. FUMAKILLA.. Selesai.

NOTA PC  : Jangan main-main dengan nyamuk. Manusia menjelma jadi nyamuk lagi bahaya.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. akak kalau balik kampung memang tinggal bawak ubat nyamuk yg isi dia tu je, pakai yg letrik punya tu. Nak tidur hidupkan je alhamdulillah tidur lena

    BalasPadam
  2. mmg tk lena tido kalo nyamuk hinggap..mau menggaru je..tp slalunya nyamuk suka kt husband...sbb slalu tgk die yg byk kesan kena gigit hehe

    BalasPadam
  3. Di kampung memang banyak nyamuk kan tapi orang kampung xsakit sbb nyamuk hairan juga

    BalasPadam
  4. Memang tak lena lah kalau ada nyamuk kan, tapi alhamdullilah.. lama dah tak kena gangguan nyamuk Kak Sue nie PC..

    BalasPadam
  5. Walau pun duduk kampung wak tak pernah pakai ubat nyamuk

    BalasPadam
  6. Wah ada maksud tersirat..hehehe...syukur rumah SA xde masalah nyamuk..tapi masalah lalat tu selalu especially musim hujan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama