JANGAN DISAMA-SAMAKAN | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. UNTUK MENUTUPI atau menjaga nama baik janganlah DISAMA-SAMAKAN. Kena jelas bahawa setiap orang tidak sama bawaan pada dirinya. Bererti berbeza-beza. Ada perbezaannya. Jangan suka guna "alah sama je" atau "alah semua sama je".
DISAMA-SAMAKAN macam mana maksudnya?. Contoh paling mudahnya begini. Seorang ibu tahu sikap kurang positif anaknya, memang sangat-sangat sedia maklum, berbanding dengan menantunya yang dirasakan jauh lebih positif perangainya, untuk menutupi kekurangan dan perangai kurang positif anaknya sendiri, terus membuat kesimpulan bahawa perangai menantunya sama juga seperti Anak kandangnya. Adilkah?. Pada pendapat PC ianya tidak ADIL. Terimalah hakikat. Kerana didikkan daripada ibu bapa yang berbeza. Noktah.
Merosakkan dan menyakiti emosi juga mental. Orang yang baik, disamakan dengan orang kurang baik sangat menyeksa batin. Sangat mengguris perasaan dan sangat menjatuhkan. Moral down. Lebih-lebih lagi jika suatu hal tidak baik tidak kita lakukan tapi DISAMA-SAMAKAN seperti eh.. kita lakukan. Mahu berapi telinga. Berasap kepala. Memberontak pasti. Menjauh sudah tentu.
Sesiapa pun, tolong jangan sama-samakan ya. Kalau perkara itu baik sekalipun sebenarnya berbahaya kerana setiap orang ada usaha masing-masing juga. Pada hal kurang baik ke.. baik ke.. elakkan DISAMA-SAMAKAN. Baik hargai. Tidak baik nasihati. Jangan diheret terjebak dalam keadaan yang buat seseorang itu tidak selesa.
Jangan DISAMA-SAMAKAN, sebagaimana setandan kelapa, tidak semua molek, begitu jugalah hakikat hidup. Jangan yang elok pun dikata tak elok. Yang tak elok dikata elok. Tak Adilkah begitu?. Jangan asyik fikir air muka sendiri sedangkan orang lain pun ada air muka yang mesti dan sangat-sangat dijaga juga.
NOTA PC : Pakej masing-masing
Tags:
Santai
berbeza tapi serasi bersama
BalasPadam