MENASIHATI SELARAS PENGETAHUAN

MENASIHATI SELARAS PENGETAHUAN | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. ADA had tertentu yang mesti diambil tahu dan ambil kira bila nak menasihati. PC terima nasihat. Kadang ada juga yang minta pandangan PC juga dalam hal tertentu. Namun begitu semua kena sedar diri bahawa kita ni tak tahu semua perkara. PC pun. 

Banyaknya cerita yang kita dengar, berapa yang betul-betul sahih. Berapa yang menang bebas daripada ditambah-tambah. Lagi pun kita ni tak tahu semua benda disekeliling kita. Tahu dan Ambil tahu beberapa cerita atau perkara tu ya, tapi kalau SEMUA rasanya macam tak mungkin. Tuhan sahajalah yang MAHA MENGETAHUI. 

MENASIHATI SELARAS PENGETAHUAN. Sekadar mana tahu dan jadikan itu batas. Mudahnya jangan memandai mandai. Kesian diri sendiri dan kesian orang lain juga. Sebab bila orang minta nasihat bererti dia perlu solusi. Tak mustahil semua yang kita cakap tu dia ikut semuanya. 

MENASIHATI SELARAS PENGETAHUAN
GAMBAR HIASAN

Kalau tak tahu cakap je tak tahu. Terus terang jelah sekadar mana yang diketahui. Selamat diri sendiri dan orang lain juga. Nampak tak. Lagi banyak nasihat memang bagus risau orang yang dengar nasihat jadi lebih baik,  Eh kita pulak sebaliknya. Aduh. 

Kalau berasa hebat, ada yang lebih hebat. Kalau berasa betul, ada juga yang lebih betul. Kadang-kadang berasa sudah memberi sehabis baik nasihat kepada orang lain tu pun bahaya juga. Jadi, nasihatilah sekadar yang kita tahu sahaja. 

NOTA PC : Dua sebab tubuh binasa.. apa yang kita makan.. dan apa yang kita lisankan.
 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Takde orang yang sempurna yang boleh tahu semua perkara dalam dunia ini.

    BalasPadam
  2. Oh? Penjodoh bilangannya selaras eh?

    BalasPadam
  3. Kalau x tau diam aje..jangan buat2 tau....

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama