RINDU INI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Assalammualaikum semua
Rindu ini
Tidak pernah surut
Kian bertambah
Selalu menggebu-gebu
Semasa masih ada
Apatah lagi sesudah tiada
Terus menebal
Dalam hati
Rindu ini
Tidak mampu dibendung
Tidak akan terusir
Tidak juga terhakis
Tidak
Sehingga nyawa dijasad ini terpisah
Sampai aku mati
Rindu ini
Manis
Membawa aku kembali
Kembali memerah memori
Menyegarkan kenangan dulu-dulu
Pahit.. Manis
Sedih.. Gembira
Tiada yang mahu aku padam
Tidak akan jadi dendam
Tidakkan sama sekali
Jauh sekali berkali-kali
Rindu ini
Menjadi kunci
Sering membuka mangga
Diempangan kelopak sepasang mata
Basah lagi
Dengan air mata
Tidak mampu untuk diterjemah
Apa itu rasa rindu
Seberapa dan alasannya
Selalunya bertambah
Dirasai
Membungkam mulut berlisan
Simpan dan pendam
Rasai dan nikmati
Rindu ini
Ya, ini
Rindu ini
Kini
Menjadi sahabat paling akrab
Dulu
Dimuntah dengan saling bicara
Kini diluah menjadi doa-doa
Doa yang panjang untuk yang dirindui
Rindu ini nikmat
Rindu ini berat
Rindu ini berkat
Rindu ini buat aku ingat
Selalu ingat
Rindu ini mengheret aku
Mengajar aku
Menjadi yang lebih jelas
NOTA PC : Mama, Jua RINDU mama sangat-sangat. Mama, RINDU NI mengubah banyak tingkah Jua. RINDU.
Tags:
Santai
Rindu buat yang telah tiada memang perit. Hanya mampu titipkan doa dan Al-fatihah
BalasPadam