SABAR SANGAT-SANGAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. TIADA had mesti bersabar. Tapi ada batas kemampuan untuk seseorang itu terus sabar. Ini pendapat PC. Buktinya PC marah, menangis, mengeluh dan sebagainya.
PC juga percaya tahap rasa sabar setiap individu tidak sama. Buktinya dalam situasi ujian yang sama, contoh banjir, ada orang sabar dan tenang melaluinya, ada juga yang emosinya meluap-luap panas.
Sabar sangat-sangat. Diam. Terus diam. Diam tapi bertindak. Ada versi yang beragam. Susah juga nak jangka. Sesudah terjadi baharulah boleh menilai itu dan ini. Paling ditakuti diamnya berisi. Berisi dan menyakiti.
Sabar sangat perlu dilentur dan dipupuk. Mesti disemai dengan damai. Sekiranya tidak, hancur semuanya. Ya, sabar. Sabar sangat-sangat. Ingat, ada yang memang sabar dan ada yang sabar dipaksa-paksa. Terpaksa sabar dengan sebab atau alasan yang cuma diri sendiri dan Allah yang tahu.
Pernah tak jumpa orang yang sabar sangat-sangat?.. Pernah. Memang ada. Kagum dan rasa malu juga. Rasa rendah diri. Sabar ni dalam banyak alasan dan sudut ya. Tidak cuma dari satu sudut. Mungkin bab ni tak sabar, jangan terus tuding jari owhhh dia tak sabar. Barangkali daripada sudut yang lain dia sabar sangat-sangat. Kalau kena pada kita belum tentu kita boleh sesabar dia. Ok.
NOTA PC : jangan man-main dengan kesabaran orang
Tags:
Santai