SAKIT TENGKUK BILA KE KUALA LUMPUR

SAKIT TENGKUK BILA KE KUALA LUMPUR | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. PERUBAHAN DRASTIK luar jangka adalah Kuala Lumpur. Setahun dua tak ke KL percayalah, tak mustahil boleh sesat. Silap masuk jalan entah ke mana-mana sampainya. Akan tersasar jauh daripada tujuan asal. Paling jelas, selain pertambahan bangunan sana sini, pertambahan jalan-jalan baharu pun boleh tahan. Cabang susur yang berlapis-lapis. Fuhhh.


Sesekali turun KL memang seronok. Sungguh. Kalau selalu tak seronok sebab rasa macam semakin serabut tengok jalan-jalan yang sedang diperbaiki, dibangun dan direncanakan. Semakin sibuk. Sangat-sangat padat. Sibuk dengan kenderaan yang semakin banyak  padat dengan orang yang ramai sana sini. Kadang jadi ngeri. Sangat kecut perut.

Semua nak cepat. Semua nak laju. Semua nak dulu. SAKIT TENGKUK BILA KE KUALA LUMPUR. Tak boleh lengah. Bukan la tak boleh toleh sana sini. Bukan macam tu. Cuma kalau lalai sikit bahaya. Bukan kat tempat lain tak bahaya tau, cuma bila ada di tempat yang padat dengan manusia dan kenderaan, bahayanya jadi lebih. Sungguh. Tak tipu.

Kuala Lumpur menjadi pusat tumpuan. Boleh dikatakan banyak ibu pejabat letaknya di Kuala Lumpur, selain Putrajaya. Menjadi pusat pentadbiran, menjadi tumpuan dan menjadi padat juga dalam waktu yang sama. Tu yang kadang jadi serabut. Pembangunan sana sini. Semakin lama, semakin meninggi. Semakin sakit tengkuk mendongak.


Mahu tidak mahu. Peluang pekerjaan yang ditawarkan. Bererti penawaran tempat tinggal juga perlu lebih bertambah. Tidak boleh dibina cara horizontal (mendatar), maka banyak bangunan dibina dengan cara vertical (menegak). Tu yang tinggi bukan main. Hui gayat. Labih remuk hati bila lif rosak. Adoi. PC dah rasa. Baru duduk tingkat 4. Lif rosak seminggu lebih. Hari-hari boleh moody jadinya. Allahu.

NOTA PC  : Semua dengan izin Allah. Manusia usaha sahaja.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Itu kata-kata orang yang jarang ke KL, untuk yang kerja KL memang kene banyak sabar huhuhu. Kadang orang yg kerja KL ni pun boleh sesat jalan hahahah ini kn pulak orang luar.

    BalasPadam
  2. SA hari- hari ke KL...pening ngan traffic je...jammed sana sini...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama