SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRN BABAH

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BABAH | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. BABAH tak baca artikel ini. Babah tahu PC ada blog. Mula-mula ada blog PC cakap dengan arwah mama dan babah. Bila PC cakap ada blog, babah tanya blog itu apa. Ringkas dan mudahnya, PC jelaskan, macam diari. Cuma ini lebih terbuka sebab ramai orang boleh baca.

Walau babah tak baca, tak apa. Biar jadi salah satu artikel manis dan indah dalam blog PC ni. PC agak tertutup. Selepas mama tak ada, jadi satu tamparan besar dan berat bagi PC. Banyak pelajaran baharu PC gali. Lebih mahu bertoleransi pada bahagian tertentu. Lebih mencipta memori. Tak apa kalau kenangan itu tak boom. Sederhana pun boleh gembira dan bahagiakan. Alhamdulillah. 

Alhamdulillah. Hari ini ulangtahun kelahiran babah. Ulangtahun pertama tanpa mama disisi babah. Sedih seorang suami. Tentu saja ada perubahan pada babah. Ada!. Banyak yang PC nampak tapi tak terluah. PC selalu cakap, 'ba, tak salah nak nangis asal tak berlebihan.. ba, tak salah nak luah rasa rindu pada yang dah tak ada'.. ba, luah apa je pada mama setiap kali babah ziarah pusara mama, in sya Allah mama dengar'.. kita manusia biasa ba. 

Kita semua akan mati cuma tak tahu siapa dulu. Sekarang mama dulu tinggalkan kita. Umur tidak jadi syaratnya.

Ba, Jua rebah bila mama pergi hakiki. Ba, pujuk Jua.. 'Jua, babah kan masih ada untuk Jua'. Betul. Doa Jua, meniti usia yang semakin menua.. nak selalu babah ada dengan Jua walau itu tidak memungkinkan. Sekali lagi... mati itu pasti. Kita saling ada. Allah selalu ada untuk kita.

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRN BABAH

Wahai Allah. Dipandangan pertamaku, babah lelaki pertama dikehidupanku. Aku pernah melihat air matanya, aku pernah mendengar kebimbangan dihatinya. Aku tahu jatuh bangunnya bersama-sama mama. Wahai Allah,  kalau syurga itu ibarat sepokok bunga Ros yang banyak kuntumnya, akan aku petik beri semua untuk babah dan mamaku.

Ba, selamat ulangtahun kelahiran. Semoga setiap ibadah babah Allah swt permudahkan. Dilimpahi rezeki dan rezeki umur yang berkat ya. Jua SAYANG babah. Ya Allah, aku tempah syurga yang paling indah untuk babah.. agar nanti babah boleh membawa kami hidup selamanya di sana. Aamiin.

NOTA PC : Ma, hari ini ulangtahun babah. Selalu mama yang menemani. Kali ini hingga akhir nanti, Jua yang mengisi posisi. Berat ma.. kerana tempat mama cuma untuk mama. Bidadari istimewa untuk babah selamanya dunia sampai nanti di syurgaNYA.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Selamat hari lahir utk babah PC ya.
    Semoga babah bahagia dan sejahtera selalu, mama menunggu di sana.

    BalasPadam
  2. hepi besaday to babah PC... semoga panjang umur dan sihat selalu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama