SELESAI OKTOBER 2022

SELESAI OKTOBER 2022 | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. TIGA PULUH SATU HARI, alhamdulillah selesai kita tempuhi. Hari ini hari terakhir dibulan Oktober 2022. Untuk kita. bersyuku kita masih direzekikan olehNYA melalui hari-hari yang penuh nikmat ini. Nikmat dan rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk. Tidak semestinya wang sahajakan. 

Mungkin ada yang biasa-biasa saja. Hari dan waktu yang dilalui tidak ada yang lebihnya. Tidak ada istimewanya pun. Lain orang lain. Ada orang, masih boleh buka mata bangun tidur itu satu nikmat yang sangat-sangat bererti baginya. Bahagia bila bangun tidur, buka mata.. masih bernafas, masih dapat tengok orang-orang yang kita sayangi ada bersama-sama kita.

Cepat masakan. Hari bersilih ganti, kadang PC rasa macam biasa-biasa tiada perubahan, walhal setiap masa ada perubahan yang berlaku. Cuma PC je yang tak perasan atau kurang sedar. begitulah PC sebagai manusia biasa. Bila mula sedar, akan berasa eh, ruginya aku.. eh patutnya aku boleh buat lebih baik lagi.. banyak yang perlu dan boleh diperbaiki juga.

SELESAI OKTOBER 2022


Sepuluh bulan akan berlalu. Selesai sepuluh bulan. Kalau buku tentu sudah bernaskah-naskah.. macam tu jugalah hidup kita. Hidup PC. Sepanjang sepuluh bulan ini macam roller coaster hidup PC. Fikiran dan persaan PC. bercampur aduk semuanya. masih perlu banyak belajar semula. Masih juga lagi biasakan diri. Ajar hati dan akal. Dalam banyak perkara.

Selesai Oktober 2022. panjang umur, ada rezeki DIA izin, jumpa lagi Oktober tapi 2023 pula. Dengan kisah yang berbeza. Tentunya dengan rasa dan situasi yang tidak sama. Untuk PC dan untuk kita semua. Semoga sahabat blogger semua terus bersemangat ya.

NOTA PC : hai November. Ada dua adik ipar yang sambut ulangtahun kelahiran. Si uda dengan si ucu.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Alhamdulillah tahun ni ada pahit dan manis. Yang indah kita kenang, yang perit jadikan pengajaran

    BalasPadam
  2. terasa cepat betul berjalan tahun 2022 nih

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama