TIDAK SESUAI HARAPAN

TIDAK SESUAI HARAPAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. SIAPA yang tidak ada impian atau harapan. Kita sentiasa berharap atau mengharapkan sesuatu. Selagi hidup tentunya ada harapan. Allah swt beri harapan kepada kita. Beri peluang dan ruang.

Impian dan harapan makhluk. Jangan kata manusia, tumbuhan dan haiwan pun ada harapan dengan versi masing-masing. Cuma kita yang tak faham. Cuma PC yang tak mengerti. Utamanya adalah harapan untuk terus hidup selagi Allah swt izin.

TIDAK SESUAI HARAPAN

Kecewa kerana tidak sesuai harapan. Marah, sedih, kecewa biasanya terjadi kerana meleset daripada apa yang diharap-harapkan. Itu pasti. Itu PC juga rasai. Sebab itu ada satu nasihat yang boleh diambil dan dilakukan adalah, 'jangan terlalu berharap atau bersandar dengan manusia atau makhluk seratus peratus, sebaliknya sandarkan dan percaya seratus peratus cukup pada Allah swt'.

Boleh mengubah menyebabkan perubahan. Tak semua boleh mengubah. Tak semua boleh terima perubahan. Satu. Cuma Allah swt yang boleh buat hambanya terima perubahan dengan cara mengubah banyak hal dengan caraNYA. Maksudnya, orang ni, bila orang lain yang tegur kadang susah nak terima, tapi kalau terus daripada Allah swt kepada dirinya.. Haa tu baharulah menikam dihati dan ke otak. Tidak sesuai harapan biasanya ditolak. Itulah perangai manusia.

Tidak sesuai harapan.. wajar kerana dalam harapan ada perancangan dan usaha. Tentu ada kurangnya di mana. Jadi kalau tidak terjadi sebagaimana yang diharapkan, bererti ada yang lebih baik daripada Allah swt yang bakal DIA beri kepada kita nanti.

NOTA PC  : Banyak berharap banyak kecewa.


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama