TIGA HAL SERIUS MELELAHKAN

TIGA HAL SERIUS MELELAHKAN | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. DEKAT DAN KERAP berlaku pada kita.  Sama ada kita buat pada orang atau orang buat pada kita. Sebenarnya ia melelahkan.  Kalau boleh elak memang nak dan mesti elak.  Tapi tulah..  ada ketiaknya tidak berdaya mengelak.

BERPURA-PURA ATAU TIPU-TIPU.  Serius ni memang bahaya.  Bahaya pada diri sendiri dan bahaya juga pada orang lain. Penat berpura-pura. Lama-lama terserlah juga yang sebenarnya.  Takut bila terserah masa tu keadaan sudah menjadi sangat buruk. Sedih bila dapat tahu rupanya selama ini berpura-pura atau tipu-tipu. Hati terluka.  Kecewa.  Lebih menakutkan kalau sampai ada yang ambil keputusan salah setelah tahu ditipu. 

TIGA HAL SERIUS MELELAHKAN

MENUNGGU. Penantian satu penyiksaan. Betul sangat-sangat. Menunggu ni boleh buat yang sejuk hati jadi panas hati. Rajin nak buat jadi malas dah nak buat. Baik-baik bersemangat terus merudum semangatnya. Gara-gara menunggu.  Kalau menunggu sekejap ok lagi.  Tapi kalau berjam atau sampai berhari-hari bukan jadi hijau,  mahu jadi unggu. Lebih sakit hati,  bila dah janji.  Haaa memang mencipta masalah. 

SABAR. Sabar itu sebahagian iman. Sabar itu pahit dan berat. Tapi manis sebalik rasa sabar itu luar biasa. Sungguh.  Namun, nak sabar itu bukan senang.  Sebenarnya kalau tidak  tercabar dengan unsur lain,  ok je. Sabar ni jadi melelahkan bila kena sabar dalam waktu sama berhadapan dengan karenah-karenah disekeliling yang ada. Haaa itu memang sangat melelahkan. Sungguh.  Bila ada cabaran yang makin bertambah,  sabar pun kena lebih berganda. Itu yang kadang buat manusia hanyut dengan rasa amarah. 

Selagi hidup beginilah. Sebab tu dunia bukan tempat bersenang lenang yang abadi. Tapi tempat yang mewah dengan cubaan. Sana sini.  Berbahagialah bagi sesiapa yang lulus dan sengsara bagi sesiapa yang turut terpesona dengan indah dunia yang sementara

NOTA PC  : Jangan main-main dengan rasa penat pada diri sendiri dan orang lain. 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama