BOLEH MASUK CAMPUR HANYA BILA DIMINTA SAHAJA

BOLEH MASUK CAMPUR HANYA BILA DIMINTA SAHAJA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Masuk campur dalam urusan selain urusan kita itu ada baik dan buruknya. Memang itulah akibat dan hakikatnya. Kita manusia biasa dan ada naluri. Ada pandangan masing-masing. Kadang tu, tak perlu orang minta kita sendiri boleh masuk campur sebagai contoh kalau mahu membantu orang lain dalam kesusuahan dan ketika memerlukan atau mahu meleraikan pergaduhan sekiranya tidak begitu berbahaya. Jika berbahaya hubungilah pihak sepatutnya seperti polis dan siapa selayaknya. Tengok-tengok dulu jugalah. Jangan main redah tak tentu pasal je. Bahaya jugakan.

Ada yang dari awal dah beri amaran keras yang serius. ''Jangan masuk campur". Ada juga yang sangat terbuka dan memang berharap ada yang sudi masuk campur yang diterjemah dalam betuk bantuan. Macam PC cakap, lain orang lain cara dan berbeza penerimaannya. Cuma kita kena pandai pilih dan kena tahu membezakan. Letakkan pada diri sendiri batas-batas tertentu. Ingat ya, tidak semua hal kita boleh masuk campur. Kadang lebih baik kita tidak masuk campur kerana apa gunanya kalau dengan tindakkan kita masuk campur keadaan menjadi lebih huru hara dan kacau bilau. Keadaan semakin memburuh dan parah.

Contoh mudah dan paling senang nak hadam. Dalam rumahtangga, sebenarnya ibu bapa dan adik beradik tidak boleh masuk campur dalam apa sahaja isu yang timbul dalam rumahtangga anak atau adik beradik. MELAINKAN, kalau memang diminta dan ada permintaan untuk ibu bapa atau adik beradik untuk masuk campur. Minta diberi nasihat ke, apa-apa bantuan ke atau teguran-teguran ke dan apa sahaja tapi dengan syarat ada permintaan sebegitu. Sekiranya tidak, biarkan pasangan itu selesaikan sendiri atau mengemudi rumahtangganya dengan cara mereka. Apatah lagi bila masing-masing dah tua-tuakan, tak perlu la nak marah-marah. Walaupun ko tu abag ke kakak ke. Kalau itu adik ko pun diakan ada suami. Baik istighfar ke, zikir ke. 

BOLEH MASUK CAMPUR HANYA BILA DIMINTA SAHAJA
tahan diri.. tunggulh bila diminta

Tidak sekadar urusan rumahtangga. Sebenarnya dalam urusan atau hal-hal lain pun begitu juga. Boleh masuk campur hanya bila diminta sahaja. Setiap kita ada garis privasi masing-masing. Kita tak boleh langkah batas. Tak boleh main ceroboh ikut suka. Jangan lakukan sesuatu guna tiket status hubungan seperti adik beradik atau status kedudukan seperti ketua dan sebagainya. Adalah lebih baik bertanya terlebih dahulu. Boleh atau tidak kita libatkan diri untuk masuk campur. Ini lebih sopan. Sejahtera untuk semua pihak juga. Kalau main sondol je takut bukan pagar je yang rebah, silap-silap silaturahim pun lebur.

Jaga tepi kain orang itu perlu dan boleh. Tapi cukup sesekali dan kena pada tempat serta waktunya. Janganlah sentiasa dan tak kira situasi. Berbahaya begitu. Cuba letakkan diri sendiri. Bayangkan diri sendiri. mesti rimas bila ada yang asyik nak masuk campurkan. Silap-silap boleh bersilat mengaruk tak tentu hala. Macam tu juga orang lain.

NOTA PC : Ada masanya perlu pekakkan telinga dan butakan mata..

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sesekali jaga tepi kain orang memang perlu...situasi bahaya especially, tentang keselamatan jiran sekeliling...kalau x ambil tahu takut jadi apa2 yang membahayakan...

    BalasPadam
  2. masuk campur tanda prihatin ok tu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama