DIPANDU AKAL DAN HATI | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. KAKI MELANGKAH. KENDERAAN YANG DIPANDU MENUJU ARAH. Basikal yang dikayuh laju meluru. Mahu ke mana. Ke mana destinasi.
Otak merangka. Hati berhajat. Dua yang menjana rasa dan usaha. Bergerak. Menuju. Mencari sampai bertemu. Berlama-lama atau cuma sebentar sahaja. Ya, dipandu akal dan hati.
Tapi satu hal yang mesti diyakini.. gerakkannya daripada Ilahi. Apa pun itu. Kalau kita ke mana-mana, sampai dengan selamat itu izinNya. Kalau kita tidak jadi atau membatalkan untuk tidak meneruskan perjalanan.. itu pun atas mahuNya.
Dipandu akal dan hati. Dalam pergerakkan. Dalam perbuatan. Semuanya. Tak pelik kalau kadang ianya khilaf. Jangan hairan jika semuanya mulus sahaja. Bukan kerja kita sendiri. Ada campurtangan takdir juga. Pasti.
Doa. Supaya akal dan hati selalu tenang dan rasional. Untuk membuat keputusan dan bertindak.
NOTA PC : Nak ke mana tu.. hati-hati
Tags:
Santai