DULU SELALU DIRINDUI SEKARANG SELALU MERINDUI | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. BANYAK YANG LUAR JANGKAAN boleh terjadi. TIDAK MUSTAHIL AKAN TERJADI kepada sesiapa pun itu. Percaya atau tidak, yang mahu dihindar atau mahu dilengah itu yang terjadi dan cepat berlaku. Sekali lagi, TIDAK KIRA KEPADA sesiapa pun. Kun faya kun..
MAUSIA DAN MAKHLUK SEKALIANNYA MESTI TERIMA. Hakikatnya begitu. Walaupun ada usaha. Setelah berdoa dan bertawakal juga. Hujungnya tetap sahaja reda. Mesti pasrahkan. Sandarkan padaNYA yang selalu ada merencana semua yang sebaik-baik.. ya kan. Pasti!!.
Syukur, setelah beberapa minggu sudah PC dan en suami bergotong royong mengemas rumah.. mengemas barang rumah. Sekarang dah selamat pindah kembali ke kampung. Setelah lima tahun berhijrah sementara di Perak kini kembali ke Batu Pahat. Johor Darul Takzim. Merah biru. Dekat dengan babah. Dekat dengan mertua dan adik beradik juga.
Dan..
Pastinya lebih dekat juga dengan mama. Ma, jua dah balik kampung ni. Soalan yang dulu mama selalu tanya. Lama lagi?. Bila?. Ya, sekarang ma. Dah pun. Jua balik mama pun balik. Jua balik kampung dunia. Mama balik ke alam abadi. Jua nak balik ke pangkuan mama babah sebaliknya mama terlebih dulu kembali kepangkuan Ilahi. Maa.. jua tetap akan sentiasa rindu. Selalu.
gambar hiasan |
Dulu mama selalu cakap, mama selalu rindu juakan. Jua depan mata mama, bila balik kampung pun mama tetap cakap mama rindu jua. Jua senyum.. jua jawab dalam hati.. jua sayang dan rindu mama juga. Sekarang jua yang rindu mama sangat-sangat.
Cuma sekarang lebih mudah ma. Bila-bila masa jua boleh ziarah pusara indah mama. Berbual. Our time in the different way. Allah swt mudahkan banyak hal ma. Untuk keluarga kecil kita.
DULU SELALU aku DIRINDUI mama SEKARANG aku SELALU MERINDUI mama. LOVE U MA..
NOTA PC : sebenarnya aku tak pernah tak merindui mama dari hidup hingga kini mama telah tiada
Tags:
Santai Peribadi
salam kenal pc...rindu yang paling berat kan rindu pada yang telah pergi tambahan lg mak ayah kita..al fatihah untuk mama pc
BalasPadamBergetar dada kita, PC. Pastinya mama PC tinggal di tempat yg lebih baik dari dunia ini.
BalasPadammerindu cinta abadi
BalasPadamAlahai sedih baca. Al-Fatihah untuk arwah Mama kak PC. Alhamdulillah dah selamat pindah
BalasPadamHowever, should you deposit RM1,000, then you'll only get RM500. Bonus money cannot be withdrawn – it could possibly} only be used for wagering. Youcan also find 카지노 사이트 on-line casinos with minimum deposit of RM10. Our again catalogue is bursting with over 1200 of one of the best on line casino games on supply, with extra hot releases added to our growing list of on line casino games every week. And with games out there to play in free mode, yow will discover the video slot, roulette table or jackpot recreation that is excellent for you, without wagering any cash. Itching for some Roulette action however don’t quite feel able to play with real money?
BalasPadam