GURAUAN BERBISA | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. BUKAN PATUKAN ULAR saja berbisa, ada juga gurauan berbisa. Lagi kalau dia yang makan cili, pasti terasa pedasnya. Kalau makan nangka, tentu juga kena getahnya.
Ting.. masuk satu kiriman pesanan daripada WhatsApp.. aaasudahh. Sekali baca eh lucu sebenarnya. Inilah yang akan dibahas dalam group WhatsApp sampai kebas hujung jari. Menaip tak sudah...
Ting.. masuk satu kiriman pesanan daripada WhatsApp.. aaasudahh. Sekali baca eh lucu sebenarnya. Inilah yang akan dibahas dalam group WhatsApp sampai kebas hujung jari. Menaip tak sudah...
Macam mana menerima. Cuma biasa-biasa atau gurauan berbisa. Ikut emosi ketika itu. Yang mengirim dan yang menerima. Satu je... silap cara boleh terbang periuk belanga. Isteri benjol kat dahi. Suami bengkak sebelah mata. Hahaha.
Bab duit ni sensitif. Duit bukan segalanya. Tapi sebahagian besar menjalani kehidupan perlukan duit. Dalam rumahtangga duit ni salah satu nafkah. Makanan. Pakaian. Tempat tinggal. Tiga-tiga asas nafkah ni jelas perlukan duit. Mudahkan. Ringkas je.
Semua orang. Suami isteri. Perlu tahu agama walau asasnya sahaja. SANGAT PENTING. Supaya hal berat jangan suka-suka ringankan. Perkara penting dilalaikan. Bahaya oii.
NOTA PC : Syukur selalu.
Tags:
Santai
Kalau nak bergurau biar lah berpada-pada, kan PC.. hehehe..
BalasPadam