HARI TERAKHIR NOVEMBER 2022 | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. DIAM-DIAM dah last day November. Alhamdulillah. 11 bulan telah berakhir untuk kita semua yang masih hidup. Berbaki sebulan lagi.
Sebulan yang boleh jadi rezeki kita dan boleh jadi juga bukan rezeki untuk kita nikmati. Kalau diizin. Ada rezeki umur.. in sya Allah dapatlah melangkah ke bulan Disember. Aamiin.
Hujung tahun. Cuti sekolah panjang. Cuti semester akhir kan. Seronok anak buah pc balik kampung. Santai rumah atok nenek. Sesekali ikut atok mancing ikan Haruan dan ikan Betik / Betok. Bila sekali umpan dimakan.. teruja lain macam. Begitulah pengalaman.
November 2022 akan berakhir. Kalau banyak yang baik dan indah.. manislah untuk dikenang. Jika buruk dan menyakitkan.. maka pahitlah yang dirasai.
Selagi hidup semuanya akan sentiasa bersilih ganti. Akan!. Cuma kita sendiri cakna atau biasa sahaja. Ambil sebagai pengajaran.. atau pandang sebagai suatu yang sia-sia.
NOTA PC : Esok dah masuk Disember. Allahu. Ada banyak doa-doa yang selalu diminta.
Tags:
Santai